• raya2020Eng
  • Announcement

  • welcomekpi

  • PostCovid

  • Disclaimerbanner
  • covid19einsolvensi
  • e-insolvensiBI
  • e-insolvensiBI

KENYATAAN MEDIA KEBENARAN KETUA PENGARAH INSOLVENSI (KPI) UNTUK BANKRAP MENERIMA BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)

download

JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MdI)


KENYATAAN MEDIA

KEBENARAN KETUA PENGARAH INSOLVENSI (KPI) UNTUK BANKRAP MENERIMA BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)


Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 di mana Kementerian Kewangan telah mengeluarkan satu Siaran Media bertarikh 29 Mac 2020 bagi menjelaskan tentang pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak.

Selaras dengan pengumuman berhubung BPN tersebut, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah mengeluarkan Kenyataan Media bertarikh 5 April 2020 bagi memaklumkan berkenaan keputusan Kerajaan bahawa pemohon yang layak menerima BPN tetapi berstatus bankrap, turut boleh membuat permohonan melalui portal rasmi LHDN. Permohonan mereka akan diproses sewajarnya berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) memutuskan untuk membenarkan bankrap menerima BPN yang mengikut syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh LHDN tanpa perlu melaporkan kepada MdI seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 38(1)(ba) Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] di mana jika bankrap gagal berbuat demikian, ia merupakan suatu kesalahan di bawah Akta 360. 

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh disalurkan melalui talian hotline 03 - 8885 1065, 03 - 8885 1928, 03 - 8885 1313.

Laman web                       :         www.mdi.gov.my

E-mel                                :         This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

Facebook                          :         www.facebook.com/insolvensi

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

BAHAGIAN DASAR, PERUNDANGAN DAN KOMUNIKASI STRATEGIK

JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MdI)

PUTRAJAYA

8 April 2020

Announcement

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
Prev Next

NOTICE OF PAYMENT COUNTER OPERATION DURI…

NOTICE OF PAYMENT COUNTER OPERATION DURING CMCO

  Please click to here to view full document.

Read more

ARAHAN PELAKSANAAN MORATORIUM(PENANGGUHA…

ARAHAN PELAKSANAAN MORATORIUM(PENANGGUHAN SECARA AUTOMATIK SELAMA 6 BULAN BAGI BAYARAN ANSURAN BULANAN OLEH BANKRAP

  Please click to here to view full document.

Read more

ARAHAN PELAKSANAAN MORATORIUM(PENANGGUHA…

ARAHAN PELAKSANAAN MORATORIUM(PENANGGUHAN SECARA AUTOMATIK SELAMA 6 BULAN BAGI BAYARAN ANSURAN BULANAN OLEH BANKRAP (2)

  Please click to here to view full document.

Read more

KENYATAAN MEDIA KEBENARAN KETUA PENGARA…

KENYATAAN MEDIA  KEBENARAN KETUA PENGARAH INSOLVENSI (KPI) UNTUK BANKRAP MENERIMA BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)

JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MdI) KENYATAAN MEDIA KEBENARAN KETUA PENGARAH INSOLVENSI (KPI) UNTUK BANKRAP MENERIMA BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion telah diumumkan...

Read more

KENYATAAN MEDIA KEBENARAN PENGELUARAN …

KENYATAAN MEDIA   KEBENARAN PENGELUARAN WANG KWSP OLEH BANKRAP

JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MdI)   KENYATAAN MEDIA   KEBENARAN PENGELUARAN WANG KWSP OLEH BANKRAP    Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi   yang dipengerusikan oleh...

Read more

KENYATAAN MEDIA PERJANJIAN JUAL BELI BAG…

KENYATAAN MEDIA PERJANJIAN JUAL BELI BAGI PEMBELIAN  ASET INDIVIDU BANKRAP YANG DITADBIR OLEH KETUA PENGARAH INSOLVENSI/ PEGAWAI PENERIMA DAN PENYELESAI

JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MdI)   KENYATAAN MEDIA PERJANJIAN JUAL BELI BAGI PEMBELIAN  ASET INDIVIDU BANKRAP YANG DITADBIR OLEH KETUA PENGARAH INSOLVENSI/ PEGAWAI PENERIMA DAN PENYELESAI   Selaras dengan tempoh lanjutan pelaksanaan...

Read more

KENYATAAN MEDIA PENANGGUHAN BAYARAN AN…

KENYATAAN MEDIA   PENANGGUHAN BAYARAN ANSURAN BULANAN OLEH BANKRAP PENANGGUHAN BAYARAN ANSURAN BULANAN OLEH BANKRAP

JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MdI)   KENYATAAN MEDIA   PENANGGUHAN BAYARAN ANSURAN BULANAN OLEH BANKRAP  Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan...

Read more

APPLICATION FOR OVERSEAS TRAVEL

This document only available in Malay Language. Overseas travel application. Please watch video below. Your browser does not support the video tag.

Read more

HOW TO DISCHARGE FROM BANKRUPTCY ??

HOW TO DISCHARGE FROM BANKRUPTCY ??

This document only available in Malay Language. How to discharge from bankruptcy ?    

Read more

ANNOUNCEMENT ON THE ENFORCEMENT DATE OF …

Malaysia Department of Insolvency (MdI) hereby notified that The Insolvency Act 1967 has been enforced on 6th October 2017. With the enforcement of the Act, Bankruptcy Act 1967 is now...

Read more

Poll

Tell us your opinion about our e-Insolvensi Online Search ?

  • ILKAP
  • BNM
  • myGov
  • INTAN
  • KEHAKIMAN
  • AGC
  • myeg
  • MyID
  • Malaysian Bar
  • PEMUDAH
  • JPA
  • MSC
  • DBP
  • JBG
  • SSM
  • Suruhanjaya Sekuriti
  • Rilek
  • BHEUU
  • IIM
  • MyGov Mobile
  • Ketua Setiausaha Negara
  • logoinspen
    INSPEN
  • logoinspen
    BSK Transit