KENYATAAN MEDIA KEBENARAN PENGELUARAN WANG KWSP OLEH BANKRAP

download

JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MdI)

 

KENYATAAN MEDIA 

 KEBENARAN PENGELUARAN WANG KWSP OLEH BANKRAP 

 

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi   yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 23 Mac 2020, telah memutuskan beberapa inisiatif utama bagi membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung rakyat melalui waktu sukar ini. Antara inisiatif Kerajaan adalah kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 bilion. Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan. Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah memutuskan untuk melaksanakan inisiatif selari dengan keputusan Kerajaan iaitu untuk membenarkan pengeluaran wang caruman KWSP oleh bankrap berumur bawah 55 tahun tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan. Permohonan pengeluaran wang caruman tersebut hendaklah dibuat secara terus kepada KWSP.

 

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh disalurkan melalui talian hotline 03 - 8885 1065, 03 - 8885 1928 dan 03 - 8885 1313.

 

Laman web                            :            www.mdi.gov.my

E-mel                                     :           This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

Facebook                              :            www.facebook.com/insolvensi

Sekian, terima kasih.


Disediakan oleh:

BAHAGIAN DASAR, PERUNDANGAN DAN KOMUNIKASI STRATEGIK

JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MdI)

PUTRAJAYA

31 Mac 2020