Cetak

Insolvensi Korporat

Insolvensi Korporat

Proses penggulungan syarikat bermula dari penyerahan petisyen, proses pentadbiran penggulungan syarikat memerlukan penekanan yang berbeza mengikut kes-kes yang berbeza. Oleh yang demikian pengkhususan bagi menangani isu yang berbeza telah diwujudkan, ini bagi membolehkan pentadbiran yang lebih terancang.

Bahagian Likuidasi terbahagi kepada dua Seksyen iaitu; Seksyen Operasi dan juga Seksyen Polisi dan Pentadbiran. Walaupun berfungsi secara berangsingan kedua-dua Seksyen ini bertindak bersama bagi mencapai kehendak Insolvensi Koporat.

Seksyen Polisi dan Pentadbiran

Seksyen Polisi dan Pentadbiran bertindak sebagai pengubal polisi Bahagian Likuidasi, dimana Seksyen ini akan bertindak membantu Bahagian Operasi dan memantau pengkhususan dan menganalisa data dan statistik, bagi membolehkan input ini digunakan sebagai kayu ukur pencapaian projek-projek yang telah ditetapkan. Seksyen ini mementingkan sesi percambahan minda bersama pegawai seksyen bagi membincangkan isu-isu yang berbangkit, dan kaedah ini mampu mengenalkan polisi dan juga kaedah baru untuk digunapakai dibahagian ini, bagi memastikan Bahagian ini cekap dan efisyen.

Seksen Unit Operasi dan PYD

Sementara Seksyen Operasi adalah nadi penggerak Bahagian Likuidasi, Seksyen ini memikul tanggungjawab yang penting dari segi pemantauan, dan juga tugas-tugas menyelia dan mengumpul data dan maklumat yang diperoleh dari cawangan.

Tugas Seksyen ini bukan sahaja mengumpul statistik dari cawagan, malah Seksyen Operasi sentiasa memantau dan membantu cawangan supaya selari dengan matlamat Bahagian Likuidasi. Sasaran Projek tahunan adalah keutamaan Bahagian Likuidasi. Seksyen Operasi bertindak selaku barisan hadapan Bahagian Likuidasi, Seksyen ini mampu mengenal pasti isu-isu yang berbangkit didalam Bahagian dan juga cawangan.

Bagi Unit PYD (Pelikuidasi Yang Dilantik) Selain dari Menyemak borang 69 dan Penyata Akaun syarikat.

Seksyen PYD juga akan mengawasi kes-kes penggulungan syarikat terpaksa/sukarela dengan memastikan mereka menjalankan tugas-tugas Pelikuidasi dengan berhemah dan berlandaskan Akta Syarikat 1965 serta Peruntukan-peruntukan yang ada.