Yuran dan Caj di Kebankrapan

Kaedah (Yuran) Kebankrapan, 1969

No. Rujukan Kaedah Berkaitan Penerangan Perihal Yuran Kadar Semasa (RM)
1. Jadual B
Butiran 1
Setiap pemeriksaan dokumen yang diserah simpan dengan KPI 5.00
2. Jadual B
Butiran 2
Setiap salinan atau cabutan, setiap folio 100 perkataan atau sebahagian 0.50
3. Jadual B
Butiran 5
Setiap permohonan untuk carian 10.00
4. Jadual B
Butiran 6
Setiap tuntutan bukti hutang:
bawah RM 500.00 5.00
lebih RM 500.00 10.00
5. Jadual B
Butiran 7
Setiap proxy khas atau surat undi 1.00
6. Jadual C
Butiran 1
Atas aset/harta bersih yang dihasilkan atau dikreditkan oleh KPI setelah ditolak apa-apa jumlah yang dibayar kepada pemiutang bercagar mengikut sekuriti mereka, peratusan mengikut skala berikut hendaklah dikenakan:
RM 50,000.00 yang pertama atau pecahan pertama 7%
RM 50,000.00 yang seterusnya atau pecahan seterusnya 6%
Melebihi RM 100,000.00 5%
7. Jadual C
Butiran 2
Atas jumlah dividen yang diagihkan oleh KPI di bawah perintah penghukuman atau apabila atau komposisi, peratusan berdasarkan skala berikut:
RM 50,000.00 pertama atau pecahan pertama 5%
RM 50,000.00 seterusnya atau pecahan seterusnya 4%
Melebihi RM 100,000.00 3%
8. Jadual C
Butiran 5
Setiap notis oleh KPI kepada pemiutang untuk sesuatu mesyuarat atau perbicaraan 1.00
9. Jadual C
Butiran 7
Untuk peralatan tulis, buku, borang dan lain-lain yang rasmi:
Untuk setiap kes kebankrapan 10.00
Setiap notis kepada penghutang 1.00