Sistem Notifikasi Insolvensi

1.     Peruntukan subseksyen 55(5) Akta Kebankrapan 1967 dan subseksyen 277(5) Akta Syarikat 1965 telah menyatakan bahawa makluman kepada kepada pihak bank berhubung kebankrapan atau penggulungan syarikat hendaklah dilaksanakan. Sehubungan itu, sistem INSOLVENCY NOTIFICATION SYSTEM (INS) telah dibangunkan bagi tujuan menggantikan surat pertama yang dihantar secara pos (manual) kepada pihak bank setelah seseorang individu diisytiharkan bankrap atau setelah sesebuah syarikat digulungkan olehMahkamah. Melalui sistem ini, pihak bank akan dimaklumkan tentang status kebankrapan seorang individu dan syarikat yang digulungkan secara harian. Lanjutan itu pihak bank dikehendaki untuk membekalkan maklumat ke dalam system tersebut berkenaan akaun bankrap dan syarikat yang digulungkan serta menyerahkan baki akaun bankrap atau syarikat yang digulungkan kepada Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) bagi kes kebankrapan atau Pegawai Penerima bagi kes penggulungan syarikat.
2.     Pihak bank boleh mengakses ke dalam sistem melalui portal MdI dengan menekan butang klik pada tab yang tertera perkataan INS dan memasukkan nama pengguna dan kata laluan yang diberikan oleh MdI. Notis akan dipaparkan dan pihak bank hendaklah mengemukakan alamat terkini dan maklumat-maklumat berkaitan dengan akaun bankrap/syarikat yang digulungkan serta menyerahkan baki akaun bank bankrap/syarikat yang digulungkan dalam masa 7 hari bekerja kepada Ketua Pengarah Insolvensi bagi kes kebankrapan atau Pegawai Penerima bagi kes penggulungan syarikat.
3.     Melalui INS, MdI akan memuatnaikkan senarai nama individu yang diisytiharkan bankrap dan syarikat yang digulungkan oleh Mahkamah dalam masa 24 jam ke dalam portal MdI setelah dimaklumkan oleh Mahkamah bahawa Perintah Kebankrapan/Perintah Penggulungan telah dijatuhkan ke atas individu/syarikat yang berkenaan.
4.     Senarai individu yang diisytiharkan bankrap atau syarikat yang digulungkan oleh Mahkamah Tinggi akan dipaparkan dalam sistem INS dan pihak bank perlu mengemukakan maklumat-maklumat berkenaan bankrap melalui emel kepada cawangan MdI yang mentadbir kes yang berkenaan dengan format yang dipapar dalam sistem tersebut. Data tentang senarai bankrap/syarikat digulungkan akan disiarkan dalam INS selama 14 hari daripada tarikh penyiaran di portal MdI.
5.     Setakat ini, sebanyak 27 institusi perbankan telah menyertai dan mengguna pakai sistem INS yang telah mula dilaksanakan pada 1 Januari 2014 iaitu:

1. Affin Bank

2. Agro Bank

3. AIA

4. Al Rajhi Bank

5. AlKhair International Islamic Bank Berhad

6. Alliance Bank

7. Ambank

8. ASNB

9. Bank Islam

10. Bank Muamalat

11. Bank of Nova Scotia, Kuala Lumpur

12. Bank Rakyat

13. BSN

14. CIMB Bank

15. Citibank

16. Credit Guarantee Corporation (CGC)

17. Hong Leong

18. Hong Leong Investment Bank

19. India International Bank (Malaysia) Berhad

20. Kuwait Finance

21. Maybank

22. PNB

23. Public Bank

24. RHB

25. Standard Chartered

26. Sumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad

27. United Overseas Bank

6.     MdI mengalu-alukan sebarang cadangan, maklumbalas dan penyertaan dari pihak bank berhubung sistem INS tersebut. Bagi pihak yang berminat untuk menyertai penggunaan system INS boleh menghubungi Bahagian Dasar, Perundangan & Komunikasi Strategik MdI di talian 03-8885 1994 (Puan Raden) / Bahagian Teknologi Maklumat di talian 03-8885 1380 (En. Ebenezer) / Bahagian Kebankrapan di talian 03-8885 1880 (Puan Siti Subaikah) /Bahagian Likuidasi di talian 03-8885 1309 (Puan Hasni Adura).

Jika anda tidak dapat melihat paparan atau ingin memuat turun dokumen ini, sila klik disini.
Dokumen ini hanya disediakan dalam Bahasa Melayu.