Cetak

Perutusan Hari raya Aidilfitri 1439H Ketua Pengarah Insolvensi

This document only available in Malay Language.

5

bis2

bis

Salam Sejahtera


• Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah perkenan dan izinNya, saya berpeluang untuk memberi ucapan bersempena dengan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

• Hari Raya Aidilfitri disambut sebagai kemenangan bagi mereka yang mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan ini bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari di bulan Ramadan, tetapi kemenangan menghalang diri daripada melakukan apa jua perkara yang dilarang.

• Di Aidilfitri inilah kesempatan terbaik sekali untuk saling melupakan semua perselisihan dan persengketaan seterusnya mengukuhkan kerjasama di antara sesama kita. Ambillah peluang ini untuk kita saling bermaaf-maafan dan mengeratkan lagi persahabatan yang sedia terjalin.

• Akhir kata,

"Gemersik takbir mengundang hiba

Salam diutus tanda ingatan

Syawal dinanti menjelang tiba

Salam diutus mohon kemaafan"

saya mewakili warga MdI menyusun sepuluh jari memohon kemaafan salah dan silap kepada semua warga BHEUU dan juga JBG.

• Kepada semua yang akan pulang ke kampung halaman untuk berhari raya bersama keluarga, berhati-hatilah semasa memandu kenderaan dan semoga selamat sampai ke pangkuan keluarga dan selamat kembali bertugas.

• Pandulah kenderaan dengan selamat dan patuhilah undang-undang jalanraya

 

Dato' Umar Saifuddin Bin Jaafar
Ketua Pengarah
Jabatan Insolvensi Malaysia