Bahagian Perakaunan

khairil.ahmad

Khairil Izwan Bin Ahmad

Pengarah Bahagian Perakaunan
khairil dot ahmad at  mdi dot gov dot my

FUNGSI


• Bahagian Perakaunan adalah bertanggungjawab untuk mengurus dan mengawal Akaun Amanah dan Akaun Hasil serta memastikan semua transaksi diperakaunkan dan pengurusan Akaun Amanah Insolvensi adalah selaras dengan peraturan, polisi dan prosedur yang berkuatkuasa serta piawaian perakaunan yang diterima pakai.

Fungsi utama Bahagian Perakaunan adalah seperti berikut:

i. Unit Terimaan dan Perundingan

• Menguruskan perakaunan terimaan hasil dan bukan hasil jabatan yang diterima melalui kaunter dan atas talian;
• Memantau pengurusan terimaan oleh cawangan – cawangan di seluruh negara;
• Menguruskan pelaksanaan projek – projek berkaitan terimaan atas talian;
• Memberi khidmat nasihat berhubung perakaunan terimaan kepada cawangan - cawangan dan orang awam;
• Menyemak dan menyatukan laporan-laporan dan maklumat-maklumat terimaan daripada cawangan dan seterusnya menyalurkan kepada Jabatan/Agensi Kerajaan berkaitan;
• Merekabentuk dan menambahbaik sistem kewangan dan perakaunan Insolvensi; dan
• Melaksanakan naziran perakaunan di cawangan – cawangan di seluruh negara untuk memastikan pematuhan dan kawalan dalaman ke atas pengurusan kewangan dan perakaunan yang berkesan.

ii. Unit Amanah

• Menyediakan Penyata Kewangan dan Kertas Kerja Sokongan Akhir Tahun bagi Akaun Amanah Insolvensi dan Akaun Panjar Khas Insolvensi;
• Menyemak dan menyatukan laporan-laporan dan maklumat-maklumat akaun amanah daripada cawangan dan seterusnya menyalurkan kepada Jabatan/Agensi Kerajaan berkaitan;
• Menguruskan permohonan bayaran balik hasil dari semua cawangan;
• Memberi khidmat nasihat berhubung perakaunan amanah kepada cawangan – cawangan di seluruh negara dan orang awam;
• Menyediakan bajet tahunan Akaun Amanah Tabung Bantuan Insolvensi untuk kelulusan Jawatankuasa Pentadbiran Akaun Amanah Insolvensi;
• Melaksanakan pembayaran bagi perolehan yang diluluskan menggunakan peruntukan Akaun Amanah Tabung Bantuan Insolvensi;
• Menyediakan cadangan dan penyelenggaraan pelaburan dana Akaun Amanah Estet Kebankrapan dan Akaun Amanah Tabung Bantuan Insolvensi sebagaimana yang dibenarkan oleh Seksyen 77 dan 77A Akta Insolvensi 1967;
• Menjadi Sekretariat kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran Akaun Amanah Insolvensi;
• Membuat penilaian saham milik si bankrap dan syarikat yang digulungkan bagi tujuan penjualan saham;
• Membantu dalam pelaksanaan lawat periksa pelikuidasi luar yang mentadbir kes – kes syarikat digulungkan; dan
• Menyelaras penurunan kuasa Ketua Pengarah Insolvensi yang berkaitan dengan Akaun Amanah Insolvensi kepada pegawai – pegawai yang diberikuasa.