Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan

image preview

Suhaily Binti Samsudin
Pengarah Insolvensi Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan

FUNGSI

Bahagian ini mengendalikan tugas penyiasatan dan penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan undang-undang. Penyiasatan dijalankan berdasarkan kepada aduan yang diterima daripada pihak berkepentingan, orang awam, dan maklumat dalaman yang dirujuk ke Bahagian ini. Fungsi utama Bahagian ini menjalankan siasatan terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Insolvensi 1967, Kaedah-Kaedah Insolvensi 2017 dan Kanun Keseksaan.

Bahagian Penyiasatan dan penguatkuasaan juga membantu dalam penguatkuasaan pentadbiran kebankrapan selaras dengan Akta Insolvensi 1967 dan Kaedah-Kaedah Insolvensi 2017. Penguatkuasaan memainkan peranan penting dalam memastikan bankrap mematuhi dan menjalankan tanggungjawabnya seperti yang termaktub dalam Akta dan Kaedah-Kaedah. Kegagalan bankrap untuk mematuhi peruntukan undang-undang ini boleh mengakibatkan tindakan pendakwaan diambil keatasnya.

Bidang tugas yang dijalankan oleh Bahagian ini dibahagikan kepada empat tugasan utama seperti berikut:

(i) Penyiasatan Dan Penguatkuasaan Serta Aduan

Menjalankan tindakan risikan ke atas kes-kes yang diberi penumpuan secara spesifik atau sebagaimana diarahkan oleh Ketua Pengarah Insolvensi atau Pengarah Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan. Pegawai akan menjalankan proses-proses awal siasatan seperti pengumpulan, penilaian, pemprosesan dan analisis ke atas semua maklumat risikan dibuat sebelum dikemukakan kepada Ketua Pengarah Insolvensi dan Pengarah Bahagian penyiasatan dan penguatkuasaan untuk tindakan lanjut.

(ii) Fraud

Berkait rapat dengan mengesan penipuan aset yang dipindah milik oleh bankrap atau syarikat berhubung harta alih seperti akaun bank, peti duit deposit keselamatan, kenderaan bermotor, wang tunai, stok perdagangan, saham, bon dan lain-lain. Siasatan juga melibatkan harta tak alih seperti rumah, tanah dan sebagainya. Pengesanan aset-aset ini mungkin boleh dilakukan sama ada melalui Penyiasatan Kaedah Terbuka untuk mendapatkan maklumat daripada pengadu atau saksi. Kaedah lain ialah Kaedah Covert untuk menjalankan pengawasan lanjut, merekodkan pernyataan dan maklumat operasi berhubung sesuatu kes fraud.

(iii) Pemeriksaan Awam

Berperanan bagi mendapatkan keterangan bersumpah bankrap berhubung tingkah laku, pengurusan dan juga hartanya bagi kes yang disyaki bankrap telah melakukakan mana-mana kesalahan di bawah seksyen 109 Akta Insolvensi 1967 atau seksyen 421,422,423 atau 424 Kanun Keseksaan atau lain-lain keadaan yang difikirkan sesuai untuk Pemeriksaan Awam diadakan.

(iv) Komital

Siasatan kes-kes yang berkaitan dengan kesalahan-kesalahan am termaktub dalam Akta Insolvensi 1967, Kaedah-Kaedah Insolvensi 2017 dan Kanun Keseksaan. Antara kesalahan-kesalahan am ialah seperti kegagalan bankrap untuk memfailkan penyata hal ehwal kepada Ketua Pengarah Insolvensi, kegagalan menyimpan rekod kewangan yang teratur dan sebagainya.