Bahagian Dasar, Perundangan & Komunikasi Strategik

suhairy.zakaria

Mohd Suhairy Bin Zakaria
Pengarah Insolvensi Bahagian Dasar, Perundangan & Komunikasi Strategik
suhairy dot  zakaria at mdi dot gov dot my

 

 

BAHAGIAN DASAR, PERUNDANGAN & KOMUNIKASI STRATEGIK

Bahagian Dasar, Perundangan & Komunikasi Strategik terbahagi kepada empat unit:


1. UNIT DASAR & PERUNDANGAN

Unit ini terbahagi kepada dua skop:

(i) Perundangan
 Menjalankan penyelidikan undang-undang dan memberikan pendapat undang-undang kepada MdI mengenai undang-undang insolvensi
 Menggubal perundangan utama dan subsidiari yang berkaitan dengan insolvensi selaras dengan dasar kerajaan
 Menyemak kontrak dan perjanjian perundangan yang dimeterai oleh MdI

(ii) Dasar
 Menjalankan penyelidikan undang-undang dan memberikan pendapat undang-undang kepada MdI mengenai pembangunan dan pelaksanaan dasar yang berkaitan dengan perkara-perkara insolvensi
 Merancang dan menyelaras Pelan Strategik MdI 2016 – 2020
 Menyelaras laporan pegawai undang-undang di MdI ke Jabatan Peguam Negara
 Menyelaras laporan ke pejabat Menteri


2. UNIT ADUAN & PERTANYAAN

 Menerima aduan berhubung pentadbiran bankrap atau syarikat yang digulungkan daripada orang awam
 Membantu orang awam dengan memberikan maklumat berkenaan MdI

3. UNIT PEMATUHAN


 Memantau kemajuan cawangan berdasarkan prestasi suku tahunan
 Memastikan pematuhan undang-undang, peraturan dan dasar yang telah ditetapkan berkenaan undang-undang insolvensi
 Membentangkan penemuan audit kepada Ketua Pengarah Insolvensi


4. UNIT KOMUNIKASI STRATEGIK


 Menyelaras hal ehwal korporat MdI dan menyelaras segala permohonan berkenaan permintaan dan penyebaran data
 Mengumpul penerbitan umum serta menyelaraskan statistik dan bertindak sebagai perhubungan awam dengan agensi luar
 Merancang, menguruskan dan menyelaraskan program promosi dan publisiti MdI
 Merancang dan melaksanakan program untuk memupuk hubungan dan kerjasama dengan agensi media / NGO dan pihak berkepentingan