Cetak

Siapa Kami

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) merupakan sebuah agensi kerajaan yang diberi peranan untuk mentadbir hal ehwal kes-kes kebankrapan serta hal ehwal seseorang bankrap. MdI juga mentadbir syarikat yang telah digulungkan dan pertubuhan dan kesatuan sekerja yang telah dibatalkan pendaftarannya. Aktiviti teras MdI melibatkan pengzahiran dan penghasilan harta si bankrap, menentusahkan tuntutan yang difailkan oleh pemiutang dan seterusnya mengagihkan hasil yang diperoleh kepada pemiutang.