KENYATAAN MEDIA PENANGGUHAN BAYARAN ANSURAN BULANAN OLEH BANKRAP PENANGGUHAN BAYARAN ANSURAN BULANAN OLEH BANKRAP

download

JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MdI)

 

KENYATAAN MEDIA 

 PENANGGUHAN BAYARAN ANSURAN BULANAN OLEH BANKRAP 


Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan hasil perbincangan beliau bersama Kementerian Kewangan (MOF) dan Bank Negara Malaysia (BNM), dan memutuskan bahawa bermula 1 April 2020, bank-bank tempatan akan menawarkan moratorium atau penangguhan bayaran balik sehingga enam (6) bulan kepada peminjam-peminjam individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di masa yang amat mencabar ini.  


Bagi menyokong langkah Kerajaan dan mengambil kira kesulitan yang dihadapi rakyat termasuklah bankrap, MdI telah memutuskan untuk memberikan penangguhan bayaran ansuran bulanan di bawah Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] bagi tempoh ENAM (6) bulan bermula 1 April 2020 sehingga 30 September 2020. Bagi bankrap yang tidak berhasrat untuk mengambil inisiatif ini, bolehlah membuat permohonan untuk meneruskan pembayaran di Cawangan MdI yang mentadbir kes kebankrapan berkenaan. 

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh disalurkan melalui talian hotline 03 - 8885 1065, 03 - 8885 1928 dan 03 - 8885 1313.

 

Laman web                          :            www.mdi.gov.my

E-mel                                     :           Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

Facebook                              :            www.facebook.com/insolvensi


Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

BAHAGIAN DASAR, PERUNDANGAN DAN KOMUNIKASI STRATEGIK

JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MdI)

PUTRAJAYA

31 Mac 2020