KENYATAAN MEDIA PERJANJIAN JUAL BELI BAGI PEMBELIAN ASET INDIVIDU BANKRAP YANG DITADBIR OLEH KETUA PENGARAH INSOLVENSI/ PEGAWAI PENERIMA DAN PENYELESAI

download

JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MdI)

 

KENYATAAN MEDIA

PERJANJIAN JUAL BELI BAGI PEMBELIAN 

ASET INDIVIDU BANKRAP YANG DITADBIR OLEH KETUA PENGARAH INSOLVENSI/ PEGAWAI PENERIMA DAN PENYELESAI

 

Selaras dengan tempoh lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020 yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) memaklumkan mana-mana pihak yang terkesan dengan Perintah tersebut dan telah menandatangani Perjanjian Jual Beli dengan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) / Pegawai Penerima dan penyelesai (PPp) bagi pembelian mana-mana aset individu bankrap yang ditadbir oleh KPI / PPp bagi pembelian aset syarikat yang digulungkan, bolehlah memohon untuk penangguhan sehingga enam (6) bulan untuk dipertimbangkan oleh KPI / PPp. 

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh disalurkan melalui talian hotline 03 - 8885 1065, 03 - 8885 1928 dan 03 - 8885 1313


Laman web                            :            www.mdi.gov.my

E-mel                                     :           Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

Facebook                              :            www.facebook.com/insolvensi


Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

BAHAGIAN DASAR, PERUNDANGAN DAN KOMUNIKASI STRATEGIK

JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MdI)

PUTRAJAYA

31 Mac 2020