Cetak

Penutupan Sistem Notifikasi (INS) Fasa 1

YBhg. Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan,



Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.



2.            Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan, Jabatan ini telah membangunkan INS Fasa 2 di mana sistem ini memaparkan notifikasi awal dan akhir maklumat kebankarapan dan penggulungan syarikat dan telah pun Go-Live penggunaanya pada Mac 2017.



3.            Sehubungan itu, Jabatan ini ingin memaklumkan bahawa sistem INS Fasa 1 akan ditutup sepenuhnya pada 31 Julai 2017. Mulai 1 Ogos 2017, sistem INS Fasa 2 akan digunakan sepenuhnya bagi menggantikan sistem INS Fasa 1. Bagi pengguna sedia ada yang masih belum memohon username dan password bagi INS Fasa 2 boleh menghubungi  Encik Ebenezer  Rajendran Subramaniam di talian 03-88851380 atau emel Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya."> Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. bagi membuat permohonan rasmi.



4.            Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan di dalam perkara ini amatlah dihargai dengan ucapan terima kasih.



Sekian.