Cetak

Likuidasi

1. Siapa yang boleh dilantik sebagai pelikuidasi syarikat?

  • Pegawai Penerima (Ketua Pengarah Insolvensi atau (KPI) di atas kapasiti sebagai Pegawai Penerima); atau
  • Pelikuidasi luar (individu yang dilesenkan sebagai plekuidasi dan telah dilantik oleh mahkamah).

2. Apakah tugas-tugas Pelikuidasi Syarikat?

  • Menyiasat hal ehwal dan aset milik syarikat yang digulungkan
  • Menyiasat tingkah laku bekas pengarah syarikat dan mana-mana orang yang berkaitan
  • Menyiasat tuntutan yang dibuat oleh pemiutang dan juga pihak ketiga
  • Mengenal pasti dan mencairkan aset milik syarikat pada harga terbaik dan dengan kaedah yang memberi kelebihan kepada syarikat yang digulungkan.

3. Siapakah pemiutang tidak bercagar ?

Mana-mana orang yang mengemukakan bukti hutang kepada Pelikuidasi Syarikat

4. Bagaimanakah tuntutan pemiutang tidak bercagar dibayar ?

Secara amnya, semua perkara dan orang keutamaan yang tersenarai di bawah seksyen 292 Akta Syarikat 1965 akan menerima pembayaran dividen terlebih dahulu. Baki lebihan wang dari estet syarikat akan dibahagi secara sama rata kepada pemiutang-pemiutang yang lain.
Perkara dan orang dalam keutamaan :
  • Kos dan perbelanjaan penggulungan syarikat termasuk kos yang dicukai oleh pempetisyen
  • Gaji Pelikuidasi
  • Kos-kos audit yang telah dijalankan
  • Pampasan pekerja yang tertunggak di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebelum permulaan penggulungan syarikat
  • Gaji pekerja dsbg.

5. Mampukah harta milik Pertubuhan diletakhakkan kepada pertubuhan yang baharu ?

KPI boleh memohon kepada mahkamah untuk meletakhakkan semua harta dan tanggungan pertubuhan kepada pertubuhan yang baharu yang mempunyai perlembagaan yang serupa dengan pertubuhan lama.

6. Apakah tugas bekas pengarah syarikat ?

Bekas pengarah syarikat hendaklah memberi kerjasama kepada pelikuidasi dalam mengemukakan maklumat-maklumat seperti aset dan pemiutang syarikat. Semua maklumat yang diberi hendaklah disokong dengan dokumen –dokumen yang berkaitan.
Bekas pengarah syarikat di wajibkan mengisi Borang Hal Ehwal Syarikat yang meliputi:
  • Butir-butir maklumat sejarah syarikat
  • Maklumat urus niaga syarikat
  • Maklumat punca kegagalan syarikat
  • Semua aset syarikat
  • Semua tanggungan syarikat
  • Semua maklumat Pemegang saham syarikat
  • Sebarang tuntutan yang belum selesai oleh atau terhadap syarikat

7. Apa itu Penggulungan Syarikat terpaksa ?

Kebiasaannya syarikat akan digulungkan di sebabkan oleh kegagalan membayar hutang syarikat. Syarikat digulungkan oleh mahkamah melalui petisyen;
  • Syarikat
  • Mana–mana Pemiutang
  • Penyumbang
  • Pelikuidasi
  • Menteri Hal Ehwal Pengguna
  • Menteri kewangan
  • Bank Negara Malaysia
  • Pendaftar Syarikat / SSM

8. Apa itu penggulungan syarikat atau likuidasi ?

Ia adalah satu proses di mana aset syarikat akan dikumpul dan dicairkan bagi tujuan pembayaran hutang syarikat kepada pemiutang. Terdapat dua jenis penggulungan syarikat, iaitu secara terpaksa dan secara sukarela.

9. Apa itu Bukti Hutang?

Ia merupakan borang yang menyatakan amaun hutang yang dituntut oleh pemiutang ke atas syarikat (bercagar dan tidak bercagar) dan penyataan tersebut hendaklah disokong dengan dokumen-dokumen yang relevan, sebagai contoh jika terdapat perjanjian, dokumen perjanjian hendaklah disertakan bersama.

10. Apakah kesan penggulungan syarikat ke atas pemiutang yang bercagar?

  • Pemiutang yang bercagar masih boleh meneruskan tindakan berdasarkan Kanun Tanah Negara, sekiranya syarikat itu gagal membayar hutang mereka. Pemiutang bercagar dibenarkan menjual harta milik syarikat yang mereka mempunyai sekiranya masih mempunyai sekuriti ke atas hartanah tersebut.
  • Sekiranya terdapat kekurangan selepas penghasilan aset oleh pemiutang bercagar, mereka perlu memfailkan Borang Bukti Hutang dan status mereka berubah ke pemiutang bercagar ke pemiutang . Sekiranya terdapat lebihan dari penjualan aset tersebut, dan selepas menolak hutang pemiutang bercagar, wang lebihan hendaklah diserahkan ke pelikuidasi syarikat.

11. Apakah kesan-kesan penggulungan syarikat ?

  • Operasi syarikat akan dihentikan
  • Penamatan kontrak perkerjaan
  • Tidak dibenarkan pelupusan aset syarikat
  • Tidak dibenarkan pindah milik saham syarikat
  • Tidak dibenarkan menyelesaikan sebarang tindakan yang belum diselesaikan
Larangan/sekatan ke atas sebarang tindakan ke atas syarikat kecuali kebenaran diperolehi dari mahkamah terlebih dahulu.

12. Apakah kesan penggulungan syarikat ke atas Penyumbang syarikat ?

Penyumbang tidak akan menanggung hutang syarikat, namun pelikuidasi syarikat boleh mengarahkan penyumbang membuat bayaran bagi saham-saham yang masih belum dijelaskan.

13. Apakah kesan penggulungan syarikat terhadap bekas pengarah syarikat ?

Semua kuasa bekas pengarah syarikat akan hapus dan pentadbiran syarikat akan diambil alih oleh Pelikuidasi Syarikat.

14. Apa itu Penggulungan secara sukarela?

Penggulungan secara sukarela ialah:
  • Apabila sesuatu tempoh yang telah ditetapkan tarikh luput di bawah Memorandum of Association (MOA) atau Article of Association (AOA);
  • Apabila MOA or AOA yang disediakan lupus oleh sebab–sebab tertentu.
  • Apabila Mesyuarat Tahunan syarikat telah meluluskan resolusi untuk mengulungkan syarikat secara sukarela.
  • Atau oleh resolusi mesyuarat khas.
Pari-Passu – Seksyen 292 Akta Syarikat 1965

Tertakluk kepada Akta ini, dalam penggulungan syarikat, pembayaran dividen keutamaan hendaklah dibuat ke atas semua hutang tidak bercagar iaitu:
  • Pertama, kos dan pembelanjaan penggulungan syarikat termasuk kos dicukai pempetisyen, gaji pelikuidasi syarikat dan juga kos-kos bagi kerja audit yang telah dijalankan;
  • Kedua, semua upah dan gaji
  • Ketiga, semua amaun yang tertunggak berhubung pampasan pekerja di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkaitan tunggakan pampasan pekerja;
  • Keempat, semua gaji yang perlu dibayar kepada pekerja;
  • Kelima, semua amaun tunggakan sumbangan dalam tempoh 12 bulan sebelum permulaan pengulungan syarikat;
  • Keenam, semua amaun cukai persekutuan yang ditaksirkan dii bawah apa-apa undang-undang bertulis sebelum tarikh permulaan penggulungan syarikat atau yang ditaksirkan pada bila-bila masa sebelum masa yang ditetapkan untuk pembuktian hutang berakhir.

15. Apa akan terjadi kepada harta kesatuan sekerja sekiranya dibatalkan oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja?

Harta tersebut akan diletakhakkan kepada KPI yang akan mencairkan harta tersebut bagi tujuan pembayaran hutang kesatuan sekerja yang difailkan oleh pemiutang.

16. Apa akan terjadi kepada harta lebihan milik kesatuan sekerja selepas KPI membayar semua hutang dan tanggungan pertubuhan ?

  • Lebihan harta akan dibayar terus ke kumpulan wang yang disatukan jika pendaftaran kesatuan ditolak atau dibatalkan oleh Menteri.
  • Bagi pendaftaran kesatuan yang dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan, lebihan harta akan dibayar kepada ahli-ahli kesatuan mengikut peraturan-peraturan kesatuan atau berdasarkan kepada perintah mahkamah yang mengandungi skim sebagaimana yang dikemukakan oleh KPI.

17. Apa akan terjadi kepada lebihan kesatuan sekerja

Lebihan tersebut akan dibayar kepada ahli-ahli kesatuan sekerja mengikut:
  • Peraturan-peraturan kesatuan sekerja(sekiranya ada);
  • secara sama rata di antara ahli-ahli kesatuan sekerja; atau
jika terdapat kesukaran dalam menentukan individu yang layak untuk menerima lebihan harta tersebut, akan berdasarkan perintah mahkamah mahkamah yang mengandungi skim sebagaimana yang dikemukakan oleh KPI.

18. Sekiranya pendaftaran pertubuhan dibatalkan oleh Menteri atau Pendaftar Pertubuhan, apakah kesan ke atas harta milik pertubuhan ?

Harta tersebut akan diletakhakkan kepada KPI yang akan mencairkan harta tersebut bagi tujuan pembayaran hutang pertubuhan yang difailkan oleh pemiutang.