Cetak

Carian

1. Adakah hasil carian dalam talian tanpa tandatangan KPI sah?

Ya, keputusan carian online (e-Insolvensi) adalah dokumen rasmi dan dengan itu adalah sah

2. Adakah carian dalam talian mengeluarkan resit sebagai bukti pembayaran?

Satu resit akan dijana apabila transaksi pembayaran berjaya dilaksanakan. Butiran transaksi e-filing ( misalnya nombor e-transaksi, caj atau fi yang dikenekan, cara atau mod pembayaran, tarikh dan masa transaksi) akan dinyatakan pada resit. Anda dinasihatkan untuk mencetak Resti Rasmi tersebut atau menyimpan Nombor Resit sebagai bukti transaksi pembayaran telah berjaya dilaksanakan.

3. Bagaimana saya melaporkan masalah atau menghantar maklumbalas ?

Sila hantarkan email kepada Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

4. Adakah saya akan mendapat hasil carian dengan serta -merta setelah transaksi pembayaran berjaya dilaksanakan ?

Ya, jika transaksi pembayaran berjaya dilaksanakan, anda akan dapat melihat laman "Keputusan Carian'. laman ini menunjukkan bahawa transaksi anda telah selesai dengan jayanya. Halaman ini juga akan memaparkan maklumat penting mengenai transaksi. Anda boleh mencetak halaman ini sebagai bukti transaksi telah berjaya.

5. Sekiranya saya tersilap memasukkan maklumat semasa membuat carian dan transaksi carian berjaya, apakah yang perlu saya lakukan ?

Apabila transaksi berjaya, anda masih akan dapat melihat laman 'Keputusan Carian' tetapi dengan keputusan yang salah. Untuk mendapatkan hasil carian yang baru, anda perlu membuat carian yang baru dengan pembayaran sekali lagi.

6. Apa yang perlu saya lakukan jika pembayaran saya gagal semasa transaksi dilaksanakan?

Jika pembayaran anda gagal dan anda tidak pasti jumlah bayaran telah ditolak dari Akaun Debit, SILA BERHENTI dari melakukan carian yang lain atau membuat carian yang baru. Periksa butiran transaksi Kredit/Kad Debit anda untuk memastikan transaksi telah berjaya ataupun tidak. Sekiranya bayaran telah ditolak, sila hantar maklumat kepada email berikut Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

 

7. Siapakah yang layak membuat carian?

Carian boleh dibuat oleh mana-mana individu, firma guaman, institusi kewangan dan mana-mana pihak berkaitan.