MyBayar

Apakah perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum individu menggunakan perkhidmatan membayar ansuran bulanan melalui MyBayar?

Apakah perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum individu menggunakan perkhidmatan membayar ansuran bulanan melalui MyBayar?

Individu perlu hadir di cawangan MdI yang mentadbir kes, bagi mendapatkan No. Estet dan menetapkan jumlah bayaran ansuran bulanan
Bagaimanakah cara untuk membuat bayaran ansuran bulanan melalui MyBayar?

Bagaimanakah cara untuk membuat bayaran ansuran bulanan melalui MyBayar?

Sila rujuk tatacara bayaran ansuran Mybayar. Sila klik disini
Apakah cara bayaran yang di terima melalui MyBayar?

Apakah cara bayaran yang di terima melalui MyBayar?

Cara bayaran yang diterima adalah pindahan terus melalui akaun simpanan atau akaun semasa.
Bolehkah bayaran dibuat daripada akaun pihak ke-tiga?

Bolehkah bayaran dibuat daripada akaun pihak ke-tiga?

Boleh. Bayaran boleh dibuat daripada akaun pihak ke-tiga.
Bolehkah bayaran dibuat menggunakan kad kredit?

Bolehkah bayaran dibuat menggunakan kad kredit?

Pembayaran tidak boleh dibuat menggunakan kad kredit.
Bolehkah bayaran dibuat bagi bankrap yang berada di luar negara?

Bolehkah bayaran dibuat bagi bankrap yang berada di luar negara?

Bayaran boleh dilakukan sekiranya individu tersebut mempunyai    akaun simpanan atau akaun semasa di bank tempatan yang ada  menyediakan perkhidmatan Financial Process Exchange (FPX).
Bank apakah yang ada menyediakan perkhidmatan FPX?

Bank apakah yang ada menyediakan perkhidmatan FPX?

Senarai bank yang ada menyediakan perkhidmatan FPX adalah:                i) Maybank Berhad                ii) CIMB Berhad                iii) RHB Berhad                iv) AMBANK Berhad                v) Hong Leong Bank Berhad                vi) Public Bank...
Berapa lamakah masa yang diambil untuk mengemaskini akaun estet bankrap setelah bayaran dibuat?

Berapa lamakah masa yang diambil untuk mengemaskini akaun estet bankrap setelah bayaran dibuat?

Akaun estet bankrap akan dikemaskini selewat-lewatnya 7 hari bekerja dari tarikh bayaran di buat.
Bolehkah bayaran dibuat kurang daripada jumlah yang ditetapkan?

Bolehkah bayaran dibuat kurang daripada jumlah yang ditetapkan?

Tidak boleh.
Apakah yang akan berlaku jika individu tidak membuat bayaran tidak mengikut jumlah yang ditetapkan ?

Apakah yang akan berlaku jika individu tidak membuat bayaran tidak mengikut jumlah yang ditetapkan ?

Jika terdapat tunggakan ansuran, jumlah tunggakan akan di tambah dengan jumlah ansuran semasa. Sila hubungi Cawangan MdI yang mentadbir kes untuk maklumat lanjut.