Bahagian Likuidasi

FUNGSI

• Bahagian Likuidasi berfungsi sebagai pentadbir dalam hal ehwal pentadbiran syarikat yang digulungkan, pertubuhan dan kesatuan sekerja yang dibatalkan pendaftarannya mengikut peraturan dan peruntukan undang-undang bagi membolehkan agensi menjalankan fungsi ditetapkan dengan efisyen dan berkesan.

• Bahagian Likuidasi juga berfungsi untuk memantau Pelikudasi Yang Dilantik (PYD) bagi pentadbiran kes penggulungan syarikat (Terpaksa) mengikut peraturan dan peruntukan undang-undang.

i. Unit Pemantauan Operasi (PMO)

• Memantau pentadbiran kes syarikat yang digulungkan, pertubuhan dan kesatuan sekerja yang dibatalkan pendaftaran;
• Mengumpul statistik kes penggulungan syarikat, pertubuhan dan kesatuan sekerja yang dibatalkan pendaftaran;
• Merancang, merangka dan menetapkan projek dan sasaran kerja tahunan jabatan/bahagian dan menyediakan dan mengeluarkan Arahan Jabatan, Manual Prosedur Kerja atau Garis Panduan;

• Meneliti dan memberi arahan terhadap semua isu operasi dan perundangan yang melibatkan pentadbiran kes penggulungan syarikat, persatuan dan kesatuan sekerja yang dirujuk oleh cawangan;
• Memberi maklumbalas terhadap aduan dan pertanyaan daripada pengadu atau agensi-agensi luar berkaitan pentadbitan kes penggulungan syarikat, persatuan dan kesatuan sekerja; dan
• Menghadiri mesyuarat dalaman/luaran bersama stakeholder atau agensi-agensi kerajaan atau swasta.

ii. Unit Aset Dan Conveyancing

• Menguruskan pemohonan penghasilan aset syarikat yang digulungkan, sama ada secara lelongan awam atau tender terbuka atau kontrak persendirian bagi kes yang dirujuk oleh cawangan untuk dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Jualan Aset (JUJA) untuk arahan atau kelulusan jualan;
• Memproses permohonan yang dirujuk oleh cawangan untuk pindahmilik hartanah kepada pembeli bagi syarikat pemaju yang telah digulungkan yang mempunyai hakmilik individu/strata; dan
• Memproses permohonan yang dirujuk oleh cawangan untuk "Consent By Developer" kepada pembeli bagi syarikat pemaju yang telah digulungkan yang tidak mempunyai hakmilik individu/strata.

iii. Unit Pemantauan Pelikuidasi Yang Dilantik (PYD)

• Memantau Pelikuidasi yang Dilantik (PYD) mengikut peruntukan undang-undang;
• Menguruskan permohonan perlantikan agensi luar sebagai Ejen MdI bagi kes-kes penggulungan syarikat dan memantau tindakan Ejen sepanjang tempoh perjanjian; dan
• Memberi maklum balas dan penjelasan kepada pemiutang atau penyumbang syarikat atau pelanggan atau orang awam mengenai sebarang aduan/pertanyaan berkenaan pentadbiran kes yang ditadbir oleh PYD.