9. Apakah tanggungjawab seorang bankrap?

Setelah mendapat perintah kebankrapan dan sepanjang tempoh kebankrapan, seorang bankrap hendaklah memberi kerjasama penuh dengan KPI dalam pentadbiran kebankrapannya. Bankrap perlu menyediakan maklumat mengenai aset, liabiliti, transaksi atau penyata kewangan, maklumat harta dan perkara lain yang berkaitan.

Tanggungjawab bankrap termasuk –
1. menghadirkan diri ke pejabat KPI MdI secepat mungkin apabila menerima Perintah Kebankrapan dan apa-apa arahan atau notis daripada KPI;
2. menyerahkan semua maklumat aset kepada KPI;
3. mengemukakan Penyataan Hal Ehwal Bankrap yang lengkap;
4. mengemukakan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan setiap enam (6) bulan;
5. menghadiri semua mesyuarat pemiutang;
6. membuat sumbangan/bayaran terhadap estet kebankrapan daripada 10% pendapatan peribadi;
7. dilarang menerima sebarang pemberian wang/kredit sebanyak RM1,000.00 atau lebih daripada mana-mana pihak tanpa memaklumkan pihak tersebut status beliau sebagai seorang bankrap;
8. tidak membuat pembayaran secara terus kepada pemiutang;
9. memaklumkan kepada KPI atas perubahan nama, alamat, nombor telefon, pendapatan, harta dan maklumat lain yang berkaitan; dan
10. memberi maklumbalas atas pertanyaan KPI dalam masa yang ditetapkan.