11. Bolehkah seorang bankrap memohon kepada KPI untuk mengurangkan jumlah hutang?

KPI bertanggungjawab mentadbir perihal bankrap dan menguruskan estet kebankrapan. KPI tidak mempunyai kuasa untuk mengurangkan jumlah hutang yang difailkan oleh pemiutang. Sekiranya bankrap berniat untuk mendapatkan pengurangan jumlah hutang bagi tujuan membuat penyelesaian penuh, bankrap hendaklah menulis atau berjumpa dengan pegawai di bank yang berkenaan untuk memohon pengurangan tersebut. Sekiranya pihak pemiutang bersetuju untuk mengurangkan jumlah hutang, bankrap hendaklah membuat pembayaran dengan jumlah baru yang dipersetujui kepada KPI dan KPI akan mengambil tindakan mengisytiharkan dividen kepada pemiutang.