Pemiutang tidak bercagar tidak boleh mengambil tindakan selanjutnya terhadap seorang bankrap untuk mendapatkan hutang yang ditanggung sebelum diisytiharkan sebagai bankrap. Pemiutang tidak bercagar tiada kuasa untuk menguruskan harta bankrap dan sekiranya mana-mana pemiutang tidak bercagar berniat untuk meneruskan sebarang tindakan undang-undang terhadap bankrap, ia hanya boleh bermula dengan kebenaran mahkamah. Selain memfailkan saman terhadap bankrap, mereka juga perlu memfailkan bukti hutang mereka.
Walau bagaimanapun, pemiutang bercagar boleh menguruskan dan menghasilkan harta bankrap di bawah seksyen 8(2) Akta Insolvensi 1967 dan pemiutang bercagar berhak untuk mendapat faedah sekiranya harta itu dihasilkan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh Perintah Kebankrapan. Pemiutang yang bercagar boleh mengambil tindakan undang-undang untuk menghasilkan harta bankrap. Lebihan hasil jualan tersebut hendaklah diserahkan kepada KPI untuk dimasukkan ke dalam estet bankrap bagi tujuan pengagihan kepada pemiutang-pemiutang.