22. Bagaimana kebankrapan saya memberikan kesan kepada pekerjaan sekarang atau masa depan?

Kebankrapan tidak menghalang anda daripada bekerja. Sekiranya anda diisytiharkan bankrap, ia tidak akan menafikan hak untuk meneruskan pekerjaan sekarang ataupun mendapat pekerjaan baru. Namun, seseorang bankrap perlu menyemak sama ada terdapat sebarang ketetapan di dalam kontrak pekerjaan atau dokumen syarikat. Ianya tertakluk kepada terma dan syarat di dalam kontrak pekerjaan majikan. Sebagai contoh, sekiranya syarat menyatakan perlu memaklumkan majikan mengenai status kebankrapan, anda hendaklah memaklumkan kepada majikan akan status tersebut.