25. Apakah kesan ke atas seorang bankrap yang mempunyai pekerjaan dalam profesion tertentu?

Bankrap tidak dibenarkan melibatkan diri dalam sebarang perdagangan atau profesion tertentu di mana mungkin terdapat sekatan tertentu yang akan dikenakan oleh persatuan profesional atau pihak berkuasa pelesenan, seperti peguam, akauntan, pelikuidasi, juru ukur kuantiti atau bertindak sebagai pengarah syarikat. Badan profesional yang berkenaan perlu dirujuk untuk maklumat lanjut.