28. Adakah terdapat pelepasan secara automatik untuk bankrap?

Pelepasan automatik hanya tertakluk kepada kelayakan yang telah ditetapkan oleh peruntukkan Akta seperti berikut;

(a) Notis Kebankrapan (BN) dikeluarkan pada atau selepas 6 Oktober 2017.

(b) telah memfailkan Pernyataan Hal Ehwal (PHE) di bawah seksyen 16 Akta 360;

(c) telah mengisi borang permohonan dan akujanji untuk mematuhi sasaran sumbangan (TC) dan pemfailan penyata pendapatan bagi tempoh enam (6) bulan;

(d) tempoh 3 tahun pemantauan sasaran sumbangan (TC) bermula dari tarikh PHE difailkan; dan

(e) bankrap mematuhi (TC) yang ditetapkan oleh KPI dengan mengambilkira beberapa perkara yang telah ditetapkan dalam Akta.

Nota: Mana-mana bankrap yang gagal menyelesaikan sasaran sumbangan (TC) dalam tempoh 3 tahun seperti mana yang ditetapkan, maka ia tidak layak untuk mendapat pelepasan secara automatik dan kes akan ditadbir seperti biasa sehingga suatu keadaan yang boleh diputuskan kemudian oleh MdI.