11. Apakah kesan penggulungan ke atas pemiutang bercagar sesuatu syarikat?

a) Jika berlaku kemungkiran, pemiutang bercagar boleh menjalankan kuasanya untuk menjual aset syarikat yang telah dicagarkan kepadanya sebagai cagaran untuk melangsaikan hutang mengikut undang-undang.

b) Sekiranya terdapat defisit, pemiutang bercagar boleh memfailkan bukti hutang dan natijahnya mereka akan dianggap sebagai pemiutang tidak bercagar.

c) Pemiutang bercagar dikehendaki untuk menyerahkan lebihan hasil daripada penjualan aset syarikat kepada penyelesai untuk dikreditkan ke dalam estet syarikat.