1. Apakah tindakan yang akan diambil sekiranya wang deposit tidak dituntut oleh pihak pempetisyen?

Deposit berkenaan akan dikreditkan ke dalam Akaun Wang Tidak Dituntut (WTD). Walau bagaimanapun, deposit masih boleh dituntut dengan mengemukakan dokumen berikut sebagai dokumen sokongan:

i. Surat permohonan;
ii. Salinan kad pengenalan;
iii. Nombor akaun bank pemohon yang aktif dan disahkan;
iv. Maklumat nombor telefon bimbit dan alamat e-mel; dan
v. Salinan sijil mati/surat mentadbir harta pusaka (jika menuntut bagi pihak si mati).