6. Apakah yang akan berlaku sekiranya dividen masih tidak dituntut melebihi tempoh enam bulan?

Semua dividen yang tidak dituntut selepas tempoh enam bulan serta selepas dividen akhir diisytiharkan akan kekal di dalam Akaun Estet Kebankrapan dalam bagi 7 tahun. Setelah itu, sekiranya dividen masih tidak dituntut dalam tempoh tersebut, ia akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Manakala, bagi kes penggulungan syarikat, apa-apa dividen yang masih tidak dituntut melebihi enam bulan dari tarikh kena bayar, dividen berkenaan akan kekal di dalam Akaun Estet Penggulungan Syarikat selama 6 tahun. Sekiranya ia masih tidak dituntut dalam tempoh tersebut, dividen tersebut akan dimasukkan ke Kumpulan Wang Diisatukan.

Bayaran semula masih boleh dilaksanakan sekiranya terdapat tuntutan selepas dari tempoh berkenaan.