Kebankrapan

1. Bolehkah seorang bankrap meneruskan penggunaan kad kreditnya?

1. Bolehkah seorang bankrap meneruskan penggunaan kad kreditnya?

Seorang bankrap hanya boleh menggunakan kad kreditnya dengan amaun tidak melebihi RM1,000.00. Sekiranya bankrap berniat untuk menggunakan kad kredit melebihi RM1,000.00, beliau hendaklah memaklumkan kepada pihak yang memberikan kemudahan kad kredit...
2. Bolehkah seorang bankrap memohon kepada KPI untuk mengurangkan jumlah hutang?

2. Bolehkah seorang bankrap memohon kepada KPI untuk mengurangkan jumlah hutang?

KPI bertanggungjawab mentadbir perihal bankrap dan menguruskan estet kebankrapan. KPI tidak mempunyai kuasa untuk mengurangkan jumlah hutang yang difailkan oleh pemiutang. Sekiranya bankrap berniat untuk mendapatkan pengurangan jumlah hutang bagi...
3. Bolehkah seorang bankrap membuat bayaran terus kepada pemiutang untuk melangsaikan hutangnya?

3. Bolehkah seorang bankrap membuat bayaran terus kepada pemiutang untuk melangsaikan hutangnya?

Bankrap tidak dibenarkan membuat pembayaran terus kepada pemiutang. Bayaran tersebut hendaklah dikreditkan ke dalam estet dan akan diagihkan kepada pemiutang yang telah memfailkan Bukti Hutang.
4. Bolehkah seorang bankrap membuka akaun simpanan atau meneruskan penggunaan akaun sedia ada?

4. Bolehkah seorang bankrap membuka akaun simpanan atau meneruskan penggunaan akaun sedia ada?

Setelah diisytiharkan bankrap, semua akaun simpanan akan ditutup segala transaksi akan disekat. Bankrap bagaimanapun boleh membuka akaun yang baru atau mengaktifkan akaun sedia ada bagi tujuan seperti kemasukan wang gaji dengan syarat mendapat...
5. Bolehkah bankrap memindahkan hartanya?

5. Bolehkah bankrap memindahkan hartanya?

Seorang bankrap tidak dibenarkan untuk memindahmilik hartanya kepada pihak ketiga selepas Perintah Kebankrapan dibuat terhadapnya.Setelah diisytiharkan bankrap, segala harta dan aset secara automatik terletak hak kepada KPI
6. Bolehkah bankrap keluar negara?

6. Bolehkah bankrap keluar negara?

Seorang bankrap sama sekali tidak dibenarkan meninggalkan negara kecuali beliau mendapat kebenaran bertulis daripada KPI ataupun Mahkamah yang membenarkannya.Permohonan hendaklah dibuat di cawangan yang mentadbir kes kebankrapan dengan menyertakan...
7. Bolehkah seorang individu mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai bankrap sekiranya tidak mampu menjelaskan hutang?

7. Bolehkah seorang individu mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai bankrap sekiranya tidak mampu menjelaskan hutang?

Seorang individu boleh membuat permohonan ke mahkamah untuk mengisytiharkan dirinya bankrap seperti dibenarkan di bawah Seksyen 7 Akta Kebankrapan. Individu tersebut perlu memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi dengan menyatakan ketidakmampuan...
8. Bolehkah saya mengekalkan jawatan sebagai pengarah syarikat jika saya diisytiharkan bankrap?

8. Bolehkah saya mengekalkan jawatan sebagai pengarah syarikat jika saya diisytiharkan bankrap?

Seorang bankrap yang belum dilepaskan hilng kelayakan untuk menjalankan tugas sebagai pengarah syarikat berdasarkan Akta Syarikat. Sekiranya bankrap ingin mengekalkan jawatan tersebut, permohonan hendaklah dibuat kepada KPI atau mahkamah. Perlu...
9. Bolehkah ibubapa saya yang bankrap melawat saya di negara lain?

9. Bolehkah ibubapa saya yang bankrap melawat saya di negara lain?

Perjalanan keluar negara hanya dibolehkan dengan kebenaran KPI yang diamanahkan melalui budibicara undang-undang. Tujuan utama ialah untuk memastikan banktrap memberikan keutamaan untuk menjelaskan hutangnya. Oleh yang demikian, lawatan sosial amat...
10. Bolehkan MdI membankrapkan individu?

10. Bolehkan MdI membankrapkan individu?

MdI tidak membankrapkan individu. Seperti yang dinyatakan di atas, seseorang diisytiharkan bankrap oleh perintah mahkamah sama ada melalui permohonan daripada pemiutang atau permohonan daripada individu itu sendiri. Setelah perintah mahkamah...
11. Adakah pemiutang saya mempunyai hak untuk membekukan aset saya setelah saya diisytiharkan bankrap?

11. Adakah pemiutang saya mempunyai hak untuk membekukan aset saya setelah saya diisytiharkan bankrap?

Sebagai seorang bankrap, segala harta adalah terletak hak kepada KPI. Pemiutang tidak boleh mengambil tindakan selanjutnya untuk mendapatkan hutang yang ditanggung. Walau bagaimanapun, pemiutang yang bercagar boleh menyita dan menghasilkan harta...
12. Bagaimana seorang bankrap boleh dilepaskan daripada kebankrapannya?

12. Bagaimana seorang bankrap boleh dilepaskan daripada kebankrapannya?

Terdapat tiga cara untuk menamatkan status kebankrapannya iaitu:(a) Membuat permohonan pembatalan ke mahkamah dengan alasan hutang telah dijelaskan sepenuhnya / tidak sepatutnya diisytiharkan bankrap;(b) Membuat permohonan pelepasan ke mahkamah...
13. Bagaimana saya boleh diisytiharkan bankrap?

13. Bagaimana saya boleh diisytiharkan bankrap?

Anda hanya boleh diisytiharkan bankrap melalui Perintah Mahkamah. Terdapat dua kaedah di mana perintah kebankrapan diberikan iaitu sama ada melaslui permohonan daripada pemiutang atau anda sendiri secara sukarela mendapatkan perintah membankrapkan...
14. Bagaimana saya boleh menyemak status kebankrapan? Berapakah caj yang dikenakan?

14. Bagaimana saya boleh menyemak status kebankrapan? Berapakah caj yang dikenakan?

1) Boleh membuat semakan melalui kaunter carian di pejabat kami di Ibu Pejabat.Caj yang dikenakan sebanyak RM 10.00Boleh membuat semakan melalui laman sesawang di www. Insolvensi.gov.my . atau melalui myeg.com.my. Caj yang dikenakan sebanyak RM...
15. Bagaimana kebankrapan saya memberikan kesan kepada pekerjaan sekarang atau masa depan?

15. Bagaimana kebankrapan saya memberikan kesan kepada pekerjaan sekarang atau masa depan?

Kebankrapan tidak menghalang anda daripada bekerja. Namun, seseorang bankrap yang bekerja di sektor lain perlu menyemak sama ada terdapat sebarang ketetapan di dlaam kontrak pekerjaan atau dokumen syarikat. Sila rujuk SEKATAN KEPADA KEBANKRAPAN.
16. Sekiranya saya seorang pengarah syarikat atau rakan kongsi dan siiytiharkan bankrap, bagaimana ia memberi kesan terhadap jawatan dan peranan di dalam syarikat tersebut?

16. Sekiranya saya seorang pengarah syarikat atau rakan kongsi dan siiytiharkan bankrap, bagaimana ia memberi kesan terhadap jawatan dan peranan di dalam syarikat tersebut?

Dalam keadaan tertentu, sekiranya anda melibatkan diri dalam perniagaan, anda hendaklah mendapatkan kebenaran KPI ataupun kebenaran mahkamah
17. Adakah terdapat amaun minimun yang terhutang oleh seseorang individu untuk menjadikannya bankrap?

17. Adakah terdapat amaun minimun yang terhutang oleh seseorang individu untuk menjadikannya bankrap?

Ya, pihak pemiutang boleh memfailkan tindakan kebankrapan terhadap anda sekiranya keberhutangan lebih daripada RM50,000.00
18. Adakah kebarangkalian seorang individu diisytiharkan bankrap tanpa pengetahuannya?

18. Adakah kebarangkalian seorang individu diisytiharkan bankrap tanpa pengetahuannya?

Ya, seorang individu boleh diisytiharkan bankrap tanpa pengetahuannya. Ini mungkin disebabkan dokumen undang-undang telah dihantar ke alamat yang lama di mana individu tersebut tidak mengemaskini alamat keduaman menyebabkan mereka tidak menerima...
19. Adakah terdapat pelepasan secara automatik untuk bankrap??

19. Adakah terdapat pelepasan secara automatik untuk bankrap??

Pelepasan automatik hanya tertakluk kepada kelayakan yang telah ditetapkan oleh peruntukkan Akta seperti berikut; a) Notis Kebankrapan (BN) dikeluarkan pada atau selepas 6 Oktober 2017.b) Telah memfailkan Pernyataan Hal Ehwal (PHE) di bawah...
20. Jika saya diisytiharkan bankrap oleh Mahkamah, adakah pemiutang bercagar dan tidak bercagar mempunyai kuasa terhadap harta benda saya?

20. Jika saya diisytiharkan bankrap oleh Mahkamah, adakah pemiutang bercagar dan tidak bercagar mempunyai kuasa terhadap harta benda saya?

Umumnya, setelah anda diisytiharkan bankrap, kesemua harta adalaj terletak hak kepada KPI. Namun, pemiutang bercagar boleh menguruskan harta anda di bawah Seksyen 8(2) Akta Kebankrapan 1967 yang mana harta itu akan dihasilkan dalam tempoh 6 bulan...
21. Memandangkan saya memerlukan kebenaran KPI untuk meneruskan pekerjaan sekarang atau mendapatkan pekerjaan yang baru, apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan kebenaran tersebut?

21. Memandangkan saya memerlukan kebenaran KPI untuk meneruskan pekerjaan sekarang atau mendapatkan pekerjaan yang baru, apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan kebenaran tersebut?

Anda hendaklah membuat permohonan bertulis kepada KPI melalui cawangan MdI yang mentadbir kes kebankrapan anda. Sila ambil perhatian bahawa anda hendaklah menyertakan sekali dokumen-dokumen yang berkaitan dengan permohonan seperti pengesahan...
22. Memandangkan saya sudah diisytiharkan bankrap, apa yang akan berlaku terhadap harta saya?

22. Memandangkan saya sudah diisytiharkan bankrap, apa yang akan berlaku terhadap harta saya?

Semua harta hendaklah terletak hak kepada KPI kecuali yang disenaraikan di bawah Seksyen 48(1)(a)(ii) Akta Kebankrapan 1967. Ini termasuk alat perdagangan dan pakaian keperluan isteri dan anak-anak untuk nilai yang tidak melebihi RM5,000.00. Semua...
23. Apakah kelayakan yang hilang bagi seorang bankrap?

23. Apakah kelayakan yang hilang bagi seorang bankrap?

Apabila pengadilan/penghakiman dijatuhkan, bankrap adalah hilang kelayakan daripada:(a) Memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen;(b) Memegang jawatan sebagai penjawat awam (tertakluk kepada tindakan tatatertib Jabatan/KPI);(c) Memegang sebarang...
24. Apakah prosedur yang perlu diikuti oleh seseorang apabila dia telah diisytiharkan bankrap?

24. Apakah prosedur yang perlu diikuti oleh seseorang apabila dia telah diisytiharkan bankrap?

Apabila seseorang telah dihukum bankrap oleh mahkamah, dia mesti hadir ke cawangan yang mentadbir kes kebankrapan MdI. Cawangan yang mentadbir kes bankrap biasanya adalah salah satu yang terdekat kepada Mahkamah Tinggi yang mana perintah...
25. Apakah tanggungjawab seorang bankrap?

25. Apakah tanggungjawab seorang bankrap?

Setelah mendapat perintah kebankrapan dan sepanjang tempoh kebankrapan, seorang bankrap mesti memberi kerjasama penuh dengan KPI dalam pentadbiran kebankrapan dan merealisasikan aset beliau. Bankrap perlu menyediakan maklumat mengenai aset dan...
26. Apakah risiko-risiko yang diambil oleh institusi-institusi kewangan jika mereka memutuskan untuk memberikan pinjaman kepada seseorang yang telah bankrap?

26. Apakah risiko-risiko yang diambil oleh institusi-institusi kewangan jika mereka memutuskan untuk memberikan pinjaman kepada seseorang yang telah bankrap?

Jika pemberi pinjaman mengetahui status kebankrapan peminjam dan memutuskan untuk meluluskan pinjaman tetap, risiko akan timbul terhadap pemberi pinjaman. Pemberi pinjaman perlu bertanggungjawab dan menanggung semua risiko sekiranya peminjam iaitu...
27. Apakah kesan ke atas seorang bankrap yang mempunyai pekerjaan dalam profesion tertentu?

27. Apakah kesan ke atas seorang bankrap yang mempunyai pekerjaan dalam profesion tertentu?

Bankrap tidak dibenarkan melibatkan diri dalam sebarang perdagangan atau profesion tertentu di mana mungkin terdapat sekatan tertentu yang akan dikenakan oleh persatuan professional atau pihak berkuasa pelesenan, seperti peguam, akauntan,...
28. Apa yang akan terjadi kepada aset dan harta bankrap setelah diisytiarkan muflis?

28. Apa yang akan terjadi kepada aset dan harta bankrap setelah diisytiarkan muflis?

Menurut Seksyen 24(4) Akta Kebankrapan 1967, segala harta bankrap akan terletak hak kepada KPI.
29. Apa itu Kebankrapan?

29. Apa itu Kebankrapan?

Kebankrapan merujuk kepada satu proses di mana seorang penghutang diisytiharkan muflis melalui perintah Mahkamah. Segala harta kepunyaan bankrap terletak hak kepada KPI dan KPI bertanggungjawab utnuk menghasilkan dan menjual semua harta tersebut....
30. Apakah perbezaan antara Pembatalan Perintah Kebankrapan dan Pelepasan Perintah Kebankrapan?

30. Apakah perbezaan antara Pembatalan Perintah Kebankrapan dan Pelepasan Perintah Kebankrapan?

Pembatalan merujuk kepada penamatan Perintah Kebankrapan yang telah dibuat terhadap seorang bankrap, seolah-olah beliau tidak pernah dibankrapkan.Sebaliknya, Pelepasan Perintah Kebankrapan melepaskan anda dari kesemua hutang-hutang yang boleh...
31. Apa yang perlu saya lakukan setelah diisytiharkan bankrap?

31. Apa yang perlu saya lakukan setelah diisytiharkan bankrap?

Anda hendaklah hadir di cawangan MdI yang mentadbir kes kebankrapan anda dengan kadar segera. Cawangan yang mentadbir kes kebankrapan merupakan cawangan di negeri yang mana perintah kebankrapan dikenakan kepada anda. Anda diminta untuk memberikan...
32. Sama ada bankrap dibenarkan untuk menguruskan hartanya sendiri?

32. Sama ada bankrap dibenarkan untuk menguruskan hartanya sendiri?

Bankrap tidak dibenarkan untuk menguruskan hartanya sendiri sepertimana peruntukan Seksyen 8 Akta Insolvensi 1967 kerana segala aset dan harta adalah terletak hak kepada KPI. Oleh yang demikian, segala transaksi atau urusan berkaitan harta bankrap...
33. Mengapa boleh tardapat individu yang lain yang tidak mengetahui status kebankrapan berbanding yang lain?

33. Mengapa boleh tardapat individu yang lain yang tidak mengetahui status kebankrapan berbanding yang lain?

Terdapat beberapa sebab mengapa ada bankrap yang tidak mengetahui status kebankrapan. Antaranya ialah apabila Notis Kebankrapan dan Petisyen Pemiutang dihantar secara serahan gantian iaitu melalui pengiklanan di surat khabar dan penampalan notis di...
34. Adakah status kebankrapan saya akan menjejaskan pekerjaan sekarang dan peluang untuk mendapat pekerjaan biasa yang baru?

34. Adakah status kebankrapan saya akan menjejaskan pekerjaan sekarang dan peluang untuk mendapat pekerjaan biasa yang baru?

Sekiranya anda diisytiharkan banrap, ia tidak akan menafikan hak untuk meruskan pekerjaan sekarang ataupun mendapat pekerjaan baru. Bagaimanapun, ianya tertakluk kepada terma dan syarat di dalam kontrak pekerjaan majikan, sebagai contoh, sekiranya...
35. Apakah prosedur pindah fail?

35. Apakah prosedur pindah fail?

Permohonan perlu dikemukakan secara bertulis ke cawangan MdI yang mentadbir kes kebankrapan beserta dengan dokumen sokongan yang membuktikan bankrap menetap di kawasan yang dipohon, supaya dokumen ini boleh dieksibitkan dalam permohonan. Sebaik...