Likuidasi

1. Siapa yang boleh dilantik sebagai pelikuidasi syarikat?

1. Siapa yang boleh dilantik sebagai pelikuidasi syarikat?

Pegawai Penerima (Ketua Pengarah Insolvensi atau (KPI) di atas kapasiti sebagai Pegawai Penerima); atau Pelikuidasi luar (individu yang dilesenkan sebagai plekuidasi dan telah dilantik oleh mahkamah).
2. Apakah tugas-tugas Pelikuidasi Syarikat?

2. Apakah tugas-tugas Pelikuidasi Syarikat?

Menyiasat hal ehwal dan aset milik syarikat yang digulungkan Menyiasat tingkah laku bekas pengarah syarikat dan mana-mana orang yang berkaitan Menyiasat tuntutan yang dibuat oleh pemiutang dan juga pihak ketiga Mengenal pasti dan mencairkan aset...
3. Siapakah pemiutang tidak bercagar ?

3. Siapakah pemiutang tidak bercagar ?

Mana-mana orang yang mengemukakan bukti hutang kepada Pelikuidasi Syarikat
4. Bagaimanakah tuntutan pemiutang tidak bercagar dibayar ?

4. Bagaimanakah tuntutan pemiutang tidak bercagar dibayar ?

Secara amnya, semua perkara dan orang keutamaan yang tersenarai di bawah seksyen 292 Akta Syarikat 1965 akan menerima pembayaran dividen terlebih dahulu. Baki lebihan wang dari estet syarikat akan dibahagi secara sama rata kepada...
5. Mampukah harta milik Pertubuhan diletakhakkan kepada pertubuhan yang baharu ?

5. Mampukah harta milik Pertubuhan diletakhakkan kepada pertubuhan yang baharu ?

KPI boleh memohon kepada mahkamah untuk meletakhakkan semua harta dan tanggungan pertubuhan kepada pertubuhan yang baharu yang mempunyai perlembagaan yang serupa dengan pertubuhan lama.
6. Apakah tugas bekas pengarah syarikat ?

6. Apakah tugas bekas pengarah syarikat ?

Bekas pengarah syarikat hendaklah memberi kerjasama kepada pelikuidasi dalam mengemukakan maklumat-maklumat seperti aset dan pemiutang syarikat. Semua maklumat yang diberi hendaklah disokong dengan dokumen –dokumen yang berkaitan.Bekas pengarah...
7. Apa itu Penggulungan Syarikat terpaksa ?

7. Apa itu Penggulungan Syarikat terpaksa ?

Kebiasaannya syarikat akan digulungkan di sebabkan oleh kegagalan membayar hutang syarikat. Syarikat digulungkan oleh mahkamah melalui petisyen; Syarikat Mana–mana Pemiutang Penyumbang Pelikuidasi Menteri Hal Ehwal Pengguna Menteri kewangan Bank Negara...
8. Apa itu penggulungan syarikat atau likuidasi ?

8. Apa itu penggulungan syarikat atau likuidasi ?

Ia adalah satu proses di mana aset syarikat akan dikumpul dan dicairkan bagi tujuan pembayaran hutang syarikat kepada pemiutang. Terdapat dua jenis penggulungan syarikat, iaitu secara terpaksa dan secara sukarela.
9. Apa itu Bukti Hutang?

9. Apa itu Bukti Hutang?

Ia merupakan borang yang menyatakan amaun hutang yang dituntut oleh pemiutang ke atas syarikat (bercagar dan tidak bercagar) dan penyataan tersebut hendaklah disokong dengan dokumen-dokumen yang relevan, sebagai contoh jika terdapat perjanjian,...
10. Apakah kesan penggulungan syarikat ke atas pemiutang yang bercagar?

10. Apakah kesan penggulungan syarikat ke atas pemiutang yang bercagar?

Pemiutang yang bercagar masih boleh meneruskan tindakan berdasarkan Kanun Tanah Negara, sekiranya syarikat itu gagal membayar hutang mereka. Pemiutang bercagar dibenarkan menjual harta milik syarikat yang mereka mempunyai sekiranya masih mempunyai...
11. Apakah kesan-kesan penggulungan syarikat ?

11. Apakah kesan-kesan penggulungan syarikat ?

Operasi syarikat akan dihentikan Penamatan kontrak perkerjaan Tidak dibenarkan pelupusan aset syarikat Tidak dibenarkan pindah milik saham syarikat Tidak dibenarkan menyelesaikan sebarang tindakan yang belum diselesaikan Larangan/sekatan ke atas...
12. Apakah kesan penggulungan syarikat ke atas Penyumbang syarikat ?

12. Apakah kesan penggulungan syarikat ke atas Penyumbang syarikat ?

Penyumbang tidak akan menanggung hutang syarikat, namun pelikuidasi syarikat boleh mengarahkan penyumbang membuat bayaran bagi saham-saham yang masih belum dijelaskan.
13. Apakah kesan penggulungan syarikat terhadap bekas pengarah syarikat ?

13. Apakah kesan penggulungan syarikat terhadap bekas pengarah syarikat ?

Semua kuasa bekas pengarah syarikat akan hapus dan pentadbiran syarikat akan diambil alih oleh Pelikuidasi Syarikat.
14. Apa itu Penggulungan secara sukarela?

14. Apa itu Penggulungan secara sukarela?

Penggulungan secara sukarela ialah: Apabila sesuatu tempoh yang telah ditetapkan tarikh luput di bawah Memorandum of Association (MOA) atau Article of Association (AOA); Apabila MOA or AOA yang disediakan lupus oleh sebab–sebab tertentu. Apabila Mesyuarat...
15. Apa akan terjadi kepada harta kesatuan sekerja sekiranya dibatalkan oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja?

15. Apa akan terjadi kepada harta kesatuan sekerja sekiranya dibatalkan oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja?

Harta tersebut akan diletakhakkan kepada KPI yang akan mencairkan harta tersebut bagi tujuan pembayaran hutang kesatuan sekerja yang difailkan oleh pemiutang.
16. Apa akan terjadi kepada harta lebihan milik kesatuan sekerja selepas KPI membayar semua hutang dan tanggungan pertubuhan ?

16. Apa akan terjadi kepada harta lebihan milik kesatuan sekerja selepas KPI membayar semua hutang dan tanggungan pertubuhan ?

Lebihan harta akan dibayar terus ke kumpulan wang yang disatukan jika pendaftaran kesatuan ditolak atau dibatalkan oleh Menteri. Bagi pendaftaran kesatuan yang dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan, lebihan harta akan dibayar kepada ahli-ahli...
17. Apa akan terjadi kepada lebihan kesatuan sekerja

17. Apa akan terjadi kepada lebihan kesatuan sekerja

Lebihan tersebut akan dibayar kepada ahli-ahli kesatuan sekerja mengikut: Peraturan-peraturan kesatuan sekerja(sekiranya ada); secara sama rata di antara ahli-ahli kesatuan sekerja; atau jika terdapat kesukaran dalam menentukan individu yang layak...
18. Sekiranya pendaftaran pertubuhan dibatalkan oleh Menteri atau Pendaftar Pertubuhan, apakah kesan ke atas harta milik pertubuhan ?

18. Sekiranya pendaftaran pertubuhan dibatalkan oleh Menteri atau Pendaftar Pertubuhan, apakah kesan ke atas harta milik pertubuhan ?

Harta tersebut akan diletakhakkan kepada KPI yang akan mencairkan harta tersebut bagi tujuan pembayaran hutang pertubuhan yang difailkan oleh pemiutang.