Galeri Foto

Photo Gallery

LAWATAN KERJA RASMI KE JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA CAWANGAN PERAK

14 Februari 2024

YB Tuan M. Kula Segaran, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Undang-Undang dan Reformasi Institusi) telah berkelapangan untuk mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Perak.

Kehadiran YB Timbalan Menteri telah disambut oleh YBrs. Tuan M. Bakri bin Abd Majid, Ketua Pengarah Insolvensi, Dr. Sallehuddin bin Mohd Noor, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Ibu Pejabat, Pengarah Insolvensi Negeri dan kakitangan MdI Cawangan Negeri Perak.

YB Timbalan Menteri telah dibawa untuk meninjau sekitar ruang pejabat bagi melihat sendiri kondisi ruang kerja dan penyimpanan fail-fail kes yang ditadbir.

Dalam ucaptama YB Timbalan Menteri antara lain adalah berkenaan pendigitalan pentadbiran kes, pelepasan kes-kes kebankrapan dan juga program mobiliti Insolvensi kepada masyarakat.

YB Timbalan Menteri juga berkesempatan untuk menyerahkan Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi kepada beberapa individu yang telah mendapat pelepasan daripada kebankrapan.