Galeri Foto

Photo Gallery

PROGRAM SANJUNGAN BUDI, TAUTAN KASIH KETUA PENGARAH INSOLVENSI DI MDI MIRI

20 Januari 2025

Program Sanjungan Budi Tautan Kasih Ketua Pengarah Insolvensi

 

YBhg. Datuk M. Bakri Abd Majid, Ketua Pengarah Insolvensi, bersama Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, YBrs. Dr. Sallehuddin bin Mohd Noor dan wakil Unit Komunikasi Korporat (UKK) MdI Ibu Pejabat seterusnya telah mengadakan kunjungan rasmi ke MdI Miri, Sarawak.

 

Kunjungan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan dan memberikan motivasi kepada warga MdI Miri khususnya. Lawatan ini disambut mesra oleh warga MdI Miri yang menghargai keprihatinan pihak pengurusan tertinggi. Warga MdI Miri turut berbesar hati atas kehadiran ini yang menjadi pemangkin semangat untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.