Galeri Foto

Photo Gallery

MAJLIS AGIHAN JUADAH IFTAR RAMADAN OLEH YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI) BERSAMA WARGA BANGUNAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG

4 April 2024

YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) telah bersama-sama Warga Bangunan Hal Ehwal Undang-undang bagi menyempurnakan Majlis Agihan Juadah Iftar Ramadan tahun ini pada 24 Ramadan 1445 Hijrah bersamaan 4 April 2024 di Lobi BHEUU.
Majlis ringkas ini turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Zamri bin Misman, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU); YBrs. Tuan M. Bakri bin Abd. Majid, Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dan YBhg. Dato’ Norazmi bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman / Legal Aid Department (JBG) serta seluruh warga BHEUU, JBG dan MdI. Jutaan Ucapan Terima Kasih buat YB Dato’ Sri Azalina Othman Said di atas kesudian YB Menteri untuk bersama-sama berkongsi rezeki bersama kami dan semoga YB Menteri dikurniakan kesihatan dan rezeki yang berpanjangan hendaknya.