Galeri Foto
Photo Gallery
LAWATAN KERJA RASMI OLEH YB TUAN M. KULA SEGARAN, TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI) KE JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA, CAWANGAN TAWAU
9 Mei 2025
Sorotan lawatan kerja rasmi YB Tuan M. Kula Segaran, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) buat julung kalinya ke Jabatan Insolvensi Malaysia, Cawangan Tawau, Sabah pada 9 Mei 2025 (Jumaat).
Lawatan ini memberi ruang kepada YB Timbalan Menteri untuk menilai pelaksanaan tugas di peringkat cawangan serta memperkukuh hala tuju pentadbiran ke arah penyampaian perkhidmatan insolvensi yang lebih efisien dan mesra rakyat.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah:
• YBrs. Dr Sallehuddin Mohd Noor, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, yang mewakili Ketua Pengarah Insolvensi
• Encik Syah Azlan bin Abdullah, Ketua Cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia, Tawau
• Pegawai-pegawai kanan dari Pejabat Timbalan Menteri serta Jabatan Insolvensi Malaysia, Cawangan Tawau dan Putrajaya
Lawatan ini diharapkan dapat memberi dorongan kepada warga kerja cawangan dalam mempertingkat mutu perkhidmatan, memperkukuh integriti penyampaian, serta menyokong agenda reformasi institusi yang lebih progresif dan inklusif.