Bahagian Kebankrapan

FUNGSI

1. Memastikan pentadbiran kes-kes kebankrapan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] dan Kaedah-Kaedah Insolvensi 2017;

2. Memantau urusan pentadbiran kes-kes kebankrapan yang dikendalikan oleh 21 Cawangan Jabatan antaranya;

(a) mengiklankan dan menyerahkan Perintah Kebankrapan;

(b) menjalankan penyiasatan awal terhadap aset, liabiliti dan hal ehwal bankrap melalui sesi Temu Kenal dan pemfailan Pernyataan Hal Ehwal;

(c) mengadakan Mesyuarat Pertama Pemiutang dan Mesyuarat Am Pemiutang;

(d) menjalankan siasatan atau mengenal pasti harta bankrap;

(e) menghasilkan aset bankrap melalui kontrak persendirian atau lelongan awam;

(f) memantau hal ehwal dan kelakuan bankrap;

(g) memperaku atau menolak tuntutan Borang Bukti Hutang (BBH) yang difailkan oleh pemiutang-pemiutang; dan

(h) mengisytihar dan mengagihkan dividen kepada pemiutang-pemiutang

3. Menyelaraskan tindakan, arahan dan prosedur kebankrapan di seluruh 21 Cawangan Jabatan;

4. Memproses dan mempertimbangkan rayuan-rayuan bankrap di bawah Seksyen 85 (4) Akta Insolvensi 1967;

5. Memproses dan mempertimbangkan rayuan-rayuan bankrap di bawah Seksyen 38(1)(a),(c),(d) dan (e) Akta Insolvensi 1967;

6. Mempertimbangkan permohonan pelepasan bankrap melalui Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi di bawah Seksyen 33A Akta Insolvensi 1967;

7. Menguruskan permohonan bankrap untuk penjualan aset bankrap;

8. Memproses dan mempertimbang permohonan pendaftaran sebagai Penama; dan

9. Memproses dan mempertimbang permohonan bankrap untuk Pelepasan Automatik di bawah Seksyen 33C Akta Insolvensi 1967.

Terdapat 5 unit di Bahagian ini dengan fungsi-fungsi berikut:

UNIT PEMANTAUAN OPERASI, PENYELIDIKAN DAN STATISTIK (UPP)

• Menyemak, merangka dan menyediakan Garis Panduan dan Arahan Jabatan mengenai pentadbiran kes kebankrapan;

• Menyemak, merangka dan mengemas kini Manual Prosedur Kerja (MPK) Bahagian Kebankrapan;

• Menyediakan laporan pencapaian bulanan, suku tahun dan tahunan Bahagian Kebankrapan;

• Mengumpul dan mengemas kini laporan statistik kebankrapan daripada semua Cawangan MdI;

• Memantau dan memastikan pelan strategik Bahagian tercapai;

• Menyediakan slaid ceramah berkaitan kebankrapan untuk digunakan dalam ceramah, taklimat dan kursus;

• Menyediakan Smart Partnership bersama stakeholder berkaitan pentadbiran kebankrapan;

• Menyediakan minit mesyuarat dan maklum balas mesyuarat yang dihadiri; dan

• Mengadakan lawatan, naziran dan task force ke Cawangan yang terpilih.

UNIT PENGHASILAN ASET

• Mengendalikan kes-kes penjualan aset alih dan aset tak alih milik bankrap;

• Mengendalikan dan memberi nasihat serta panduan kepada bankrap, peguam, dan pembeli atau penawar berkenaan isu penghasilan aset bankrap;

• Menjawab aduan dan pertanyaan yang melibatkan penghasilan aset bankrap; dan

• Menyediakan laporan bulanan penghasilan aset bagi kes-kes kebankrapan.

UNIT KHIDMAT AM DAN RAYUAN

• Memproses rayuan bankrap di bawah Seksyen 38 Akta Insolvensi 1967;

• Memproses rayuan bankrap di bawah Seksyen 85 (4) Akta Insolvensi 1967;

• Memproses permohonan-permohonan am lain oleh bankrap;

• Menyediakan maklum balas terhadap surat-surat aduan dan pertanyaan berkaitan dengan permohonan/rayuan di bawah Seksyen 38 dan seksyen 85 (4) Akta Insolvensi 1967; dan

• Menyediakan statistik bulanan bagi rayuan di bawah Seksyen 38 dan Seksyen 85(4) Akta Insolvensi 1967 serta permohonan am lain oleh bankrap.

UNIT PELEPASAN SEKSYEN 33A

• Menguruskan permohonan pelepasan bankrap melalui Sijil KPI;

• Memproses bantahan pemiutang terhadap niat KPI untuk melepaskan bankrap;

• Mengawal selia Sijil Pelepasan yang diterima daripada Cawangan bagi tujuan tandatangan KPI;

• Menyediakan laporan bantahan pemiutang;

• Menjawab aduan dan pertanyaan berhubung pelepasan bankrap; dan

• Menyediakan laporan dan statistik bulanan pelepasan melalui Sijil KPI.

UNIT PELEPASAN SEKSYEN 33A

• Memproses dan menyelaras permohonan pendaftaran sebagai Penama;

• Menyediakan Perakuan Pendaftaran sebagai Penama;

• Menyediakan dan mengemas kini buku daftar mengenai Pelantikan Penama;

• Menyediakan statistik berhubung permohonan dan pelantikan sebagai Penama;

• Memproses permohonan pelepasan automatik oleh bankrap;

• Menyelaras penetapan Sasaran Sumbangan bagi pelepasan automatic; dan

• Menyediakan laporan statistik mengenai permohonan pelepasan automatic.