Fungsi Jabatan
Mentadbir hal ehwal siberhutang dan sibankrap mengikut Akta Insolvensi 1967 [Akta 306] dan Kaedah-Kaedah Insolvensi 2017;
Melaksanakan fungsi sebagai Pelikuidasi Sementara atau Pelikuidasi yang dilantik bagi syarikat-syarikat yang digulungkan mengikut peruntukan Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan Kaedah-Kaedah Syarikat (Penggulungan) 1972;
Mentadbir hal ehwal pertubuhan yang dibatalkan mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984;
Mentadbir hal ehwal kesatuan sekerja mengikut Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja 1959;
Menjalankan penyiasatan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan apa-apa kesalahan yang disyaki yang dilakukan oleh sibankrap atau pengarah syarikat di bawah Akta Insolvensi 1967, Akta Syarikat 2016, Akta Pertubuhan 1966, Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan di bawah mana-mana perundangan lain yang berkaitan dengan kebankrapan atau penggulungan syarikat;
Menjalankan pendakwaan semua jenis kes jenayah dan kuasi jenayah di bawah Akta Insolvensi 1967 dan Akta Syarikat 2016;
Menjadi sumber rujukan kepada Jabatan dan Kerajaan mengenai apa-apa masalah perundangan mengenai kebankrapan atau penggulungan syarikat yang timbul;
Mewakili Kerajaan, Jabatan, sibankrap dan syarikat yang digulungkan dalam semua perbicaraan sivil di mahkamah;
Menyediakan khidmat carian status kebankrapan individu dan status syarikat;
Menguruskan hal ehwal kewangan Jabatan dan perakaunan insolvensi serta menjalankan aktiviti penghasilan bagi pihak Kerajaan melalui sumber-sumber di bawah kawalan yang dibenarkan di bawah Akta Insolvensi 1967, Akta Syarikat 2016, Akta Acara Kewangan 1957 [Akta 61] atau Arahan Perbendaharaan;
Mengurus dan mengawalselia pentadbiran Ibu Pejabat dan semua pejabat cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia seluruh Malaysia.
Tugas-tugas Pegawai Penerima Malaysia. Dalam kapasiti sebagai pelikuidasi syarikat dalam penggulungan, beliau :
Meletakkan dalam jagaannya atau dibawah kawalannya semua harta atau benda dalam tindakan yang mana syarikat adalah berhak atau didapati berhak ke atasnyaÂ
Menyerahkan laporan permulaan kepada Mahkamah selepas penerimaan pernyataan mengenai pengurusan
Meletakkan senarai penyumbang-penyumbang melainkan Mahkamah menyatakan sebaliknya
Meletakkan senarai penyumbang-penyumbang melainkan Mahkamah menyatakan sebaliknya
Memberi perhatian kepada apa-apa arahan diberi melalui resolusi dari pemiutang atau penyumbang dalam mana-mana mesyuarat agung atau oleh jawatankuasa pemeriksaan dalam mengendalikan pentadbiran aset syarikat dalam penggulungan
Menjalankan apa-apa kuasa lain oleh Akta Syarikat 1965 yang diberikan kepada pelikuidasi dalam hal penggulungan
Dalam kapasiti sebagai Pegawai Penerima, beliau:
- Mengawal pelikuidasi-pelikuidasi luar dan mengambil tahu segala perbuatannya dan sekiranya terdapat apa-apa aduan, belaiu hendaklah menyiasat perkara tersebut, dan mengambil apa-apa tindakan seperti yang difikirkan sesuai
- Boleh mengarahkan penyiasatan dibuat pada buku-buku dan baucar-baucar yang dikendalikan oleh pelikuidasi luar