Ketua Pegawai Digital (CDO)

Nama             : DATO’ CHE SUKRI BIN CHE MAT
E-mail            : sukri.mat@mdi.gov.my
No. telefon     : 03-8885 1091

Peranan dan tanggungjawab CDO adalah seperti berikut:

Peneraju perubahan melalui Penjajaran Pelan Strategik ICT (ISP) jabatan dengan keperluan Pelan Strategik Jabatan dan ISP Sektor Awam;

Melaksanakan penggunaan dasar, standard dan amalan terbaik ICT;

Menerima pakai dan melaksanakan penggunaan ICT dalam Sistem Penyampaian Pekhidmatan Jabatan;

Melaksanakan inovasi melalui aplikasi, infrastruktur dan keselamatan ICT;

Membantu Ketua Pengarah dalam memastikan peruntukan-peruntukan di bawah DKICT MdI  difahami dan dipatuhi oleh semua pengguna;

Memastikan keperluan keselamatan ICT dilaksanakan dan dikuatkuasakan;

Menyelaras dan mengurus pelan latihan dan program kesedaran keselamatan ICT seperti hebahan DKICT MdI serta pengurusan risiko dan pengauditan;

Melaksanakan inisiatif Dasar Keselamatan ICT Hijau Jabatan;

Bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan ICT MdI.