Unit Komunikasi Korporat
Merangka dan melaksanakan pelan komunikasi strategik yang menyeluruh bagi meningkatkan kesedaran awam tentang peranan dan fungsi Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI);
Merancang, menyelaras dan liputan hebahan program-program yang dianjurkan oleh jabatan melalui platform bersesuaian;
Menyelaras dan memantau pengemaskinian maklumat dan kandungan laman web rasmi Jabatan Insolvensi Malaysia;
Memelihara imej Jabatan melalui keberkesanan pelaksanaan program publisiti dan hebahan yang bersesuaian;
Bertindak sebagai saluran komunikasi utama antara jabatan dan agensi lain;
Merancang, mengurus dan melaksanakan pengurusan aduan awam yang merangkumi aduan, pertanyaan, cadangan dan penghargaan berkenaan Jabatan secara manual dan atas talian (SISPAA, platform media sosial, emel, telefon, dan hadir sendiri)
Menyelaras lawatan kerja rasmi, kunjungan hormat, jemputan ceramah atau taklimat daripada agensi luar;
Merancang dan melaksanakan publisiti, promosi dan hebahan bagi setiap dasar baharu melalui program, aktiviti serta majlis rasmi jabatan melalui media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Tik Tok;
Meningkatkan pemahaman orang ramai mengenai peranan dan fungsi Jabatan Insolvensi Malaysia menerusi aktiviti pameran dan edaran bahan maklumat seperti risalah dan terbitan video