Galeri Foto

Photo Gallery

PERSIDANGAN PEGAWAI UNDANG-UNDANG JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA 2025

1-4 Oktober 2025

Sempena Persidangan Pegawai Undang-Undang Jabatan Insolvensi Malaysia 2025 yang berlangsung dari 1 hingga 4 Oktober 2025, telah diadakan sesi khas bersama YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar, Peguam Negara pada 3 Oktober 2025 (Jumaat).
Dalam sesi tersebut, YBhg. Tan Sri menekankan kepentingan integriti, profesionalisme dan pematuhan kepada undang-undang.
Beliau turut menggariskan keperluan untuk sentiasa menguasai ilmu perundangan terkini, memahami isu-isu semasa yang kompleks, serta mengadaptasi pendekatan strategik dalam penyelesaian kes bagi memastikan perkhidmatan undang-undang sentiasa diyakini masyarakat.
Turut diadakan ruang soal jawab yang memberi peluang kepada para peserta untuk mendapatkan pencerahan secara langsung mengenai cabaran dan amalan terbaik dalam kerjaya perundangan.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia, bersama YBrs. Tuan Shamsul Bin Bolhassan, Ketua Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara.
Sesi ini telah memberikan nilai tambah kepada Pegawai Undang-Undang MdI, bukan sahaja melalui perkongsian ilmu dan pengalaman, malah turut menyuntik semangat baharu untuk meningkatkan kompetensi serta kualiti perkhidmatan yang lebih efektif dan berkesan.