Galeri Foto

Photo Gallery

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH INSOLVENSI NEGERI SELANGOR KE SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) NEGERI SELANGOR

1 Disember 2025

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Selangor telah mengadakan kunjungan hormat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor bagi memperkukuh hubungan strategik serta kerjasama dua hala antara kedua-dua agensi pada 1 Disember 2025.
Kunjungan ini diketuai oleh Puan Tengku Intan Suraya binti Tengku Ismail, Pengarah Insolvensi Negeri Selangor, bersama pasukan MdI Selangor. Delegasi MdI disambut oleh YBrs. P/TPj Mohd Azwan bin Ramli, Pengarah SPRM Negeri Selangor, bersama barisan pengurusan SPRM Selangor.
Sesi pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada:
• Mengukuhkan hubungan kerja dan jaringan strategik antara MdI dan SPRM.
• Perkongsian maklumat berkaitan pengurusan kes, integriti serta tatakelola baik.
• Perbincangan mengenai potensi kerjasama dalam inisiatif pendidikan antirasuah, khususnya melibatkan penjawat awam dan generasi muda.
• Penerangan ringkas oleh Pengarah Insolvensi Negeri Selangor mengenai program kesedaran kewangan dan pencegahan risiko kebankrapan yang sedang dilaksanakan selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI.
Pertemuan dua hala ini turut membuka ruang perbincangan mengenai cabaran semasa serta peluang untuk melaksanakan program bersama pada masa hadapan, khususnya dalam memperkukuh nilai integriti dan pencegahan salah laku dalam pengurusan insolvency di Selangor.
Sebagai pengisian tambahan hubungan strategik, MdI Selangor dan SPRM Selangor turut mengadakan perlawanan persahabatan bola jaring pada 20 November 2025 dan akan meneruskan perlawanan futsal pada 2 Disember 2025. Aktiviti sukan ini diadakan bagi memupuk hubungan lebih erat serta menggalakkan semangat kerjasama antara kedua-dua agensi.
#MdISelangor
#jabataninsolvensimalaysia
#uuri
#MalaysiaMADANI