Galeri Foto
Photo Gallery
LAWATAN KERJA RASMI KETUA PENGARAH INSOLVENSI KE MDI CAWANGAN SIBU, SARAWAK
1 Julai 2025
🗓️1 Julai 2025 (Selasa)
📍MdI Cawangan Sibu, Sarawak
YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia telah mengadakan lawatan kerja rasmi sulung ke MdI Cawangan Sibu, menjadikan ini sebagai kunjungan kerja pertama beliau ke peringkat cawangan sejak dilantik sebagai Ketua Pengarah pada 9 Jun 2025.
Lawatan ini bertujuan untuk:
✅Meninjau secara langsung situasi semasa operasi dan pentadbiran cawangan;
✅Memahami cabaran dan keperluan logistik di lapangan;dan
✅Menyampaikan amanat dan hala tuju strategik jabatan.
Satu taklimat operasi turut disampaikan oleh Ketua Cawangan MdI Sibu, Encik Idlen bin Ibus, yang membentangkan status pelaksanaan tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan kes di cawangan, termasuk pencapaian serta isu-isu berbangkit yang memerlukan perhatian Ibu Pejabat.
Lawatan ini turut disertai oleh :
🔹 YBhg. Dato’ Che Sukri bin Che Mat – Timbalan Ketua Pengarah (TKPP)
🔹 Encik Mohd Mukhzany Fariz bin Mohd Mokhtar – Pengarah Insolvensi Bahagian Likuidasi
🔹 Encik Mohamad Hafisol bin Yusoff – Pengarah Insolvensi Bahagian Mahkamah
🔹 Encik Roslizi bin Sulaiman – Timbalan Pengarah Insolvensi Bahagian Kebankrapan
🔹 Encik Romzan bin Bujang – Pegawai Khas kepada Ketua Pengarah