Galeri Foto

Photo Gallery

KURSUS PENGURUSAN TATAKELOLA: PELAKSANAAN MODUL GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (MPGIA)

1 Ogos 2025

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Tatakelola: Pelaksanaan Modul Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) sebagai usaha memperkukuh amalan tadbir urus yang telus dan berintegriti dalam perkhidmatan awam pada 30 Julai hingga 1 Ogos 2025 bertempat di Institut Pengurusan Peladang, Langkawi.
Turut hadir Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia, YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, bersama barisan pengurusan tertinggi dan turut disertai oleh:
🔹 Pengarah-pengarah Bahagian
🔹 Pengarah Negeri dan Ketua Cawangan
🔹 Pegawai-pegawai kanan MdI
Kursus ini memberi fokus kepada:
✅ Pemantapan governans, integriti dan antirasuah dalam sektor awam
✅ Pemahaman terhadap bentuk dan kesan kesalahan rasuah
✅ Isu-isu lazim dalam perkhidmatan awam berkaitan tatakelola
✅ Pendekatan metodologi dalam pencegahan rasuah dan pemerkasaan budaya integriti
Antara pengisian menarik termasuk:
📌 “Integriti: Berintegritikah Kamu”
📌 “Kesalahan Rasuah dalam Akta SPRM 2009”
📌 “Isu Perolehan dan Tatatertib dalam Sektor Awam”
Melalui pelaksanaan kursus seperti ini, MdI terus memperkukuh amalan tadbir urus yang beretika dan telus demi memelihara kepercayaan rakyat serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan berwibawa.