Galeri Foto

Photo Gallery

JEMPUTAN SEBAGAI PANEL FORUM SEMPENA HARI INTEGRITI 2025 ANJURAN KEMENTERIAN BELIA, SUKAN DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN SARAWAK (MYSED)

1 Oktober 2025

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) cawangan Kuching, Sarawak telah dijemput sebagai panel forum sempena Hari Integriti 2025 anjuran Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) yang berlangsung di Sheraton Hotel, Kuching.
Forum bertajuk “Kekuatan Integriti dalam Menangani Dadah dan Krisis Kewangan” ini menekankan peri pentingnya penghayatan integriti dalam menghadapi cabaran sosial dan kewangan. MdI telah diwakili oleh Encik Timothy Jamit Anak Bilong, Pegawai Insolvensi Kanan II sebagai panel forum.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.
Seramai 150 peserta hadir terdiri daripada wakil-wakil agensi kerajaan negeri Sarawak serta pihak swasta. Forum turut menampilkan panel daripada SPRM, AADK, PETRONAS dan MdI sekali gus menjadikan sesi perkongsian ini lebih berimpak tinggi.
Program ini menjadi platform untuk menyeru penjawat awam agar terus mengamalkan budaya kerja berintegriti dalam melaksanakan tanggungjawab, serta memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan secara sihat dan teratur.