Galeri Foto

Photo Gallery

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI) KE IBU PEJABAT LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI DI CYBERJAYA

1 Oktober 2024

Kunjungan Hormat Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) yang diketuai oleh YBhg. Datuk M. Bakri Abd Majid, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia (KPI) ke atas YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Bin Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri bertempat di Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di Cyberjaya.

Kunjungan ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama antara kedua-dua agensi bagi mencapai pemerkasaan dan pengesanan harta insolvensi.
Delegasi daripada Mdi terdiri daripada Ybrs. Puan Azwarnida binti Affandi, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi, Puan Azniza binti Mohd Ali, Pengarah Bahagian Dasar & Perundangan, Dr. Nur Yusliana binti Yusoff, Pengarah Bahagian Likuidasi, Puan Siti Noor Mazlifah binti Mokhtar, Pengarah Bahagian Kebankrapan dan Tn. Fazril Sani bin Mohamed Fadzil, Pengarah Bahagian Penyiasatan & Penguatkuasaan. Turut hadir ialah Tn. Marside @ Marsidi Bin Julika @ Zelika, Pengarah Jabatan Pungutan Hasil, Tn. Kamarudzaman Bin Bahrain, Pengarah Jabatan Perisikan dan Profiling dan Y.M Tn. Raja Kamarul Zaman bin Raja Musa, Pengarah Jabatan Undang-undang.