Galeri Foto

Photo Gallery

HEBAHAN PERKHIDMATAN : PEMBUKAAN RERUAI JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA SEMPENA PROGRAM MADANI RAKYAT 2025 TERENGGANU

10-12 Julai 2025

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Terengganu telah menyertai Program MADANI Rakyat 2025 Terengganu melalui pembukaan reruai yang berlangsung selama tiga hari bermula 10 hingga 12 Julai 2025 di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu.
Penyertaan ini bertujuan untuk mendekati golongan sasar serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MdI, khususnya berkaitan isu kebankrapan dan penggulungan syarikat.
Orang ramai dijemput untuk singgah ke reruai MdI, yang menyediakan pelbagai maklumat dan khidmat nasihat seperti:
✅ Semakan status kebankrapan & penggulungan syarikat secara PERCUMA
✅ Khidmat nasihat berkaitan kebankrapan, penggulungan syarikat, pembatalan pertubuhan & kesatuan sekerja
✅ Aktiviti interaktif: Kahoot & Kuiz Insolvensi
Jangan lepaskan peluang ini ! kunjungi reruai MdI sebelum program melabuhkan tirainya esok!