Galeri Foto
Photo Gallery
SOROTAN MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MdI)
10 April 2025
Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) bagi bulan April 2025 telah berlangsung dengan penuh penghargaan dan rasa hormat, khususnya bersempena persaraan rasmi (clock out) YBhg. Datuk M. Bakri Abd Majid, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia.
Majlis turut dihadiri oleh:
• Barisan Pengurusan Tertinggi MdI
• Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat
• Pengarah-Pengarah Insolvensi Negeri & Ketua Cawangan
• Pegawai dan kakitangan MdI
Majlis diserikan dengan ucapan penuh inspirasi daripada Pengurusan Tertinggi, tayangan montaj kenangan serta penyampaian cenderamata menandakan penghargaan yang tinggi atas segala jasa dan kepimpinan YBhg. Datuk KPI sepanjang menerajui MdI.
Segala budi dan bakti akan terus dikenang hingga akhir hayat.
Terima kasih dan selamat bersara YBhg. Datuk.