Galeri Foto

Photo Gallery

MDI KOTA KINABALU DIJEMPUT JAYAKAN PROGRAM PENGGERAK SUMBER MANUSIA TATATERTIB 2026

10 Februari 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Kota Kinabalu, Sabah telah dijemput untuk menyampaikan ceramah serta membuka reruai sempena Program Penggerak Sumber Manusia Tatatertib Bil. 1 Tahun 2026 anjuran Unit Laporan Ketua Audit Negara & Operasi Khas, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam pada 10 Februari 2026.
Program ini melibatkan penyertaan seramai 40 orang penjawat awam dan bertujuan meningkatkan kefahaman serta kesedaran berkaitan aspek tatatertib dalam perkhidmatan awam. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Mohd Fadhli bin Mohd Adzmi, manakala pengendalian reruai dan khidmat penerangan kepada peserta turut disokong oleh Puan Favia Jupirin, Puan Hillary anak Ripan dan Puan Azeah bte Said.
MdI Kota Kinabalu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur serta semua petugas yang terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.