Galeri Foto

Photo Gallery

SAMBUTAN BULAN INTEGRITI NASIONAL JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH (JKSM)

11 November 2024

Jabatan Insolvensi Malaysia Ibu Pejabat telah dijemput untuk menjadi pempamer dengan membuka booth pameran / reruai sempena Sambutan Bulan Integriti Nasional Jabatan Kehakiman Syariah (JKSM).

Antara perkhidmatan yang diberikan ialah Semakan Status Kebankrapan secara percuma dan khidmat nasihat berkaitan kebankrapan / penggulungan syarikat.
Selain itu, wakil Jabatan Insolvensi Malaysia iaitu Pn. Zarina binti Alias ( Pegawai Insolvensi Utama) telah menjadi salah seorang panel dalam Forum Integriti bertajuk “Besar Pasak Daripada Tiang” yang turut dihadiri oleh Puan Monarita Junaidi, Timbalan Pengurus Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).