Galeri Foto

Photo Gallery

PROGRAM BRISK WALK AMBANG MERDEKA ANJURAN KELAB KEBAJIKAN SUKAN DAN REKREASI JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (KESURIM)

11 Ogos 2025

11 Ogos 2025 | Program Brisk Walk Ambang Merdeka anjuran Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi Jabatan Insolvensi Malaysia (Putrajaya) telah berlangsung dengan jayanya sempena sambutan Bulan Kebangsaan.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran Penaung Kelab, YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia, dengan anggaran penyertaan seramai 90 orang kakitangan MdI Ibu Pejabat.
Aktiviti ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotik serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Jabatan Insolvensi Malaysia.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh hubungan silaturahim dan semangat kebersamaan warga jabatan.