Galeri Foto

Photo Gallery

SOROTAN PROGRAM DASAR PELUANG KEDUA - JELAJAH JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA CAWANGAN TEMERLOH, PAHANG

12-13 Ogos 2024

Sorotan Program Dasar Peluang Kedua – Jelajah Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Temerloh, Pahang telah sempurna dilaksanakan pada 12 hingga 13 Ogos 2024 di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, Pahang.

Program ini turut dihadiri Ketua Penolong Pegawai Daerah iaitu YM Tengku Aizuddin Shah bin T. Alang. Program ini juga meliputi taklimat berkaitan kebankrapan – Memahami Peluang Kedua bersama kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, Pahang yang disampaikan oleh Puan Nor Hazalifa binti Zakaria, Ketua Cawangan MdI Temerloh, Pahang.
Program jelajah insolvensi ini juga telah memberi peluang kepada orang ramai terutamanya penjawat awam tentang kesan daripada perintah kebankrapan.