Galeri Foto

Photo Gallery

KESURIM PAINTBALL CHALLENGE 2024 BERSEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2024

12 Oktober 2024

Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi Jabatan Insolvensi Malaysia Putrajaya (KESURIM) telah menganjurkan KESURIM PAINTBALL CHALLENGE 2024 bersempena Hari Sukan Negara 2024 bertempat di Sri Awana Paintball, Bangi.

Acara ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk M.Bakri Abd Majid, selaku Penaung KESURIM.
Sebanyak 6 pasukan telah mengambil bahagian dan keputusan perlawanan telah diungguli oleh pasukan 3HAI selaku Juara.

Turut hadir memberi sokongan kepada para peserta ialah YBhg.Dato’ Che Sukri bin Che Mat, selaku Penasihat KESURIM serta Tuan Fazril Sani bin Mohamed Fadzil, Pengarah Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan MdI Ibu Pejabat. YBhg. Datuk M.Bakri Abd Majid dan YBhg. Dato’ Che Sukri bin Che Mat telah berkesempatan untuk melakukan gimik perasmian sebelum acara bermula.