Galeri Foto

Photo Gallery

NAZIRAN DASAR PELUANG KEDUA (DPK 2.0) – JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (ZON SARAWAK)

13-15 Ogos 2025

📍 Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Kuching, Sarawak
🗓️ 13 – 15 Ogos 2025
Bahagian Likuidasi, Ibu Pejabat telah meneruskan pelaksanaan Naziran Dasar Peluang Kedua (DPK 2.0) yang melibatkan tiga cawangan di Sarawak, iaitu:
🔹 MdI Cawangan Kuching
🔹 MdI Cawangan Miri
🔹 MdI Cawangan Sibu
Naziran ini merupakan kesinambungan kepada siri pemantauan berfasa yang dilaksanakan Jabatan bagi menyokong pelaksanaan projek DPK 2.0 secara menyeluruh. Pelaksanaan naziran dijalankan secara berpusat di Bilik Mesyuarat MdI Kuching.
Fokus utama naziran meliputi:
✔️ Menilai kemajuan pelaksanaan fail DPK 2.0
✔️ Mengenal pasti cabaran dan isu pentadbiran yang dihadapi oleh cawangan
✔️ Memberi bimbingan serta mencadangkan langkah penyelesaian bagi fail-fail kompleks
✔️ Memperkukuh penyelarasan tindakan antara Bahagian dan Cawangan
Pegawai terlibat dari Ibu Pejabat MdI:
👤 Puan Yusnita binti Wagino
👤 Encik Miftahul Jannah bin Junaidi
👤 Puan Roslina binti Said
👤 Puan Khalisah binti Che Ramli
👥 Pegawai dari cawangan terlibat:
📍 MdI Kuching
– Puan Salamah binti Mohamad Nawei
– Encik Mohamad Zakaria bin Mohtar
– Encik Christeper anak Lawrence
📍 MdI Miri
– Puan Noor Nasimah binti Bujang
📍 MdI Sibu
– Puan Jennifer binti Melian
Naziran ini mencerminkan usaha berterusan Jabatan dalam memastikan pelaksanaan Dasar Peluang Kedua terus diperkukuh secara tersusun dan efisien, selaras dengan objektif memperkasa tadbir urus pentadbiran kes syarikat yang digulungkan.
 


#jabataninsolvensimalaysia
#MadaniBekerja
#MalaysiaMadani
#UURI
#dasarpeluangkedua